Nasihat pada pelajar tahun 1 universiti


Salam ceria,


Petang ini saya gagahkan diri untuk mencoret lagi sekadar termampu walaupun hajatnya sudah diperam berhari-hari lamanya. Ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Kolej kediaman ketiga,UM suatu masa dahulu, harapan digalas penuh tanggungjawab. Pesanan ummi dan abah masih berlegar dibenak fikiran dan cuba saya terjemahkan melalui perlakuan.


Tahun satu sebenarnya zaman transformasi untuk mereka yang dari lepasan sekolah dan matrikulasi.Walaupun merupakan penghuni PASUM namun gugup tetap ada.Hari-hari seterusnya dilalui dengan penuh semangat.Tapi entah bagaimana, trend muda-mudi di ambang dewasa ini...semangatnya mula pudar sebagaimana pudarnya warna baju bila dibancuh dengan clorox.


Semasa tahun 1, tugasan datang bertimpa.Jawatan datang tanpa dipinta.Bertubi2 datang.BUkan kerana kehebatan...tapi kerana kurangnya manusia yang ingin menggalas bebanan.Sehinggakan ada yang pernah memegang 7 jawatan dalam satu-satu masa..itu tidak termasuk aktiviti luar lagi.Wah dahsyat kan?


Perbuatan termakan pujuk rayu senior sering terjadi.Sememangnya universiti medan unutk melatih diri, tapi aulawiyyat juga perlu dilihat kembali.Kembalikan aulawiyyat ke tempat yang betul. Ketika mula-mula melangkah dulu...naqib sering berpesan supaya cermat dalam memilih jawatan.Pilih yang rasa mampu dibawa.Namun diri kadang terleka dan lalai..Semangat yang tinggi berkobar menjadikan diri sebagai tempat lambakan jawatan2.Pelbagai aktiviti disertai.Dari sekecil2 hinggalah sebesar2 program.


Nasihat ini saya teruskan juga pada mereka yang terkemudian dan adik2 usrah.Natijahnya, sama seumpama saya dahulu.Hasilnya, study terabai.Bagi mereka yang pandai mengurus masa...maka sukar untuk mereka menjadi pencuri masa.Namun bagi yang baru hendak belajar, maka pelajaran terus diabaikan.Hasilnya dipenghujung sem....ada pelbagai jenis manusia yang terhasil.Masuk sahaja sem akan datang, muka yang dahulunya pejuang islam..yang dahulunya penegak kebenaran seolah hilang seumpama buih yang pecah ditiup angin.Ini lah natijah bila tidak cermat memilih dalam kehidupan.


Bagi adik2 yang akan menghadapi exam tak lama lagi, usah gusar, masa masih ada untuk anda.Namun jumlahnya sudah berkurang.Nah inilah masanya membuktikan sesuatu buat semua.Bagi yang menolak terus jawatan semasa dikampus, mereka seumpama manusia yang hidup dipulau yang hanya dihuni unggas.Anda akan kesepian suatu masa akan datang.Percayalah.Memilih biarlah bijak...menolak biarlah berpada.Menolak semua merugikan anda, mengambil semuanya me`riya`kan diri (kadang2 terjadi).


Oleh itu bulatkan tekad.Masa sudah semakin singkat.Tapi masih belum terlambat untuk bertaubat.Mari mencipta kecemerlangan unutk ISLAM.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *