Apa erti cinta pada ku...


Ketika husna ditanyakan apa erti cinta pada nya...maka jawapannya ternyata penuh erti....
Sedangkan Anna pula jawapannya panjang juga puitis.


Lantas aku juga mau mengutarakan puisi ini ..bukan kerana aku sedang bercinta atau sebaliknya.Namun sekadar mengisi kekosongan masa mengasah bakat menulis....Setiap baitnya penuh makna bagi yang mengerti....


APA ERTI CINTA BUAT KU


Ketika Ia bernama Cinta datang dalam hidup ku,
Aku masih di alam Rahim,
Perjanjian dengan Tuhan Ku....bersama juga dengan yang lain ,
Sebagaimana termaktub dalam kitab MU,


Ketika ia bernama Cinta datang dalam hidup ku,
Aku mengenali dunia,
Kedua mereka memberikan aku erti cinta,
Dan juga kasih sayang melayari kehidupan,


Ketika ia bernama Cinta datang dalam hidup ku,
Aku masih kanak-kanak remaja,
Bermain bersama ..berkejaran terkadang gaduh juga jadinya,
Kerana kematangan masih belum bertamu di jiwa,


Ketika ia bernama Cinta datang dalam hidup ku,
Aku masih dibangku kedewasaan,
Senja menyinsing sering ku fikirkan,
Mungkinkah paginya dapat ku ulangi,


Ketika ia bernama Cinta datang dalam hidup ku,
Aku temui sebutir permata,
Kilauannya hanya jauh dimata,
Sedangkan aku hanya batu kerikil sahaja,


Ketika ia bernama Cinta datang dalam hidup ku,
Cahaya pantas ku tangkapi,
Ku pegang erat..namun ternyata itulah sifat cahaya,
Ku tetap juga tak dapat menghalanginya,


Ketika ia bernama cinta datang dalam hidup ku,
Cahaya itu seakan mahu mencoret thorik baru,
Mungkin mencari jalan sebenar,
Jalan yang mungkin tak bisa bersamaku,


Ketika ia bernama Cinta datang dalam hidup ku,
Aku tak pernah serik menabur Kasih,
Ku tabur seumpama bunga,
Moga harumannya ku rasa sampai ke Syurga,


Ketika ia bernama Cinta datang dalam hidup ku,
Aku takkan pernah serik,
Tak pernah serik,
Dan takkan pernah serik..sehingga bertemu disana.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *