Betulkah kaya hidup terjamin?



Salam. Saya diberitahu oleh seorang sahabat yang agak akrab juga, katanya mahu mengambil bidang perubatan . Walaupun kini dia sudah bergelar professional muda. Whats wrong? Kerana apa ya…rupa-rupanya kerana kehidupan lebih terjamin. Benar kah?


Tersalah Niat


Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh Umar bin Khattab ra berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “ Semua amal perbuatan itu dengan niatnya dan setiap orang akan mendapatkan sesuai dengan apa yang diniatkan.Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya.Dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang ia cari atau perempuan yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya untuk apa yang ia tuju”Hadis Sahih


Benarkah dengan menjadi Dr hidup anda kaya? Hidup terjamin? Bila anda menanamkan niat seumpama itu, maka percayalah anda seolah-olah menidakkan takdir Allah. Anda pasti mendapat apa yang anda niatkan tapi perhatikanlah hadis nabi diatas.Jika kesenangan yang kita cari, sedarlah, kehidupan yang mencari kesenangan harta tidak kekal.


Mari bertanya apa tujuan hidup mu?Untuk apa? Untuk apa kerjaya mu?




Ibnu Umar ra berkata, Rasulullah SAW memegang bahuku dan bersabda,
“ Didunia ini, jadilah kamu seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, ‘ Jika kamu di petang hari, jangan menunggu pagi hari dan jika kamu di pagi hari, jangan menunggu petang hari.Manafaatkan waktu sihatmu sebelum sakitmu dan waktu hidupmu sebelum kamu mati”.- Hadis Riawayat Bukhari(Shahih Bukhari)- nombor 6053


Ternyata hidup didunia ini hanya jambatan ke sana. Perlu kah kita mencari kekayaan ? Yes! Betul! kerana yang kaya beriman lebih elok dari yang miskin bertakwa. Kerana yang kaya beriman lebih banyak boleh menyumbang untuk Islam seumpama sedekah kepada pertumbuhan dakwah islam. Namun pabila kita meletakkan bahawa sesuatu pekerjaan itu menjamin kekayaan sebenarnya itu SILAP!


Setiap manusia yang dilahirkan di bumi Allah telah ditetapkan rezeki baginya. Apa yang perlu, berusahalah mencari yang halal. Bagi saya semua pekerjaan yang halal itu menjamin hidup jika diperoleh dengan cara yang betul. Hatta dia seorang penoreh getah atau pun penjual ikan mahupun seorang jutawan. Belum tentu menjadi seorang Doktor menjamin hidup anda. Sekali pun menjamin hidup anda…adakah itu yang anda cari dalam hidup? Matlamat hidup? Percayalah “ man jadda wa jada”.

Nak jadi kaya?


Salahkah menjadi kaya.Mari hayati doa Rasulullah. “ Wahai Allah, aku memohon kepada-Mu hidayat, ketaqwaan, kebersihan diri dan kekayaan”.-(Hadith riwayat Imam muslim, al-tirmizi dan ibnu majah daripada Abdullah Ibn Masud ra –Lihat Sahih a-Jami` al-Saghir hadith no: 1275)


Lihat sahaja doa nabi.Ternyata beliau juga meminta untuk menjadi kaya.Kerana kaya yang diperoleh orang yang beriman pasti berguna untuk Islam .Lihat sahaja Usman bin Affan atau pun Abu bakar dalam pengorbanan harta untuk Islam. Itulah gunanya wang dan harta kekayaan orang lain. Betapa dalam harta kita rupanya ada milik Islam.


Tapi sedarlah dengan kekayaan bukanlah segalanya. Kasih dan sayang bukannya boleh dibeli dengan wang ringgit.Mari saya ceritakan sedikit pengalaman saya.


Ketika menjadi fasilitator sebuah program remaja, masyaallah yang datang bukan calang-calang orang, semuanya hebat-hebat belaka. Semuanya hampir bertaraf jutawan dan orang kaya. Namun dek kesibukan mencari kesenangan ,kononnya untuk anak-anak tapi sebaliknya berlaku. Diselidiki rupa-rupanya si anak ini ketandusan kasih sayang.Kerana bukan duit yang mereka mahukan.Tapi kasih ibu dan ayah di rumah.Tak hairan lah mereka terjebak dengan zina dan segala macam masalah.Tapi ibu ayah sentiasa berkata..anak ku anak soleh. Tapi sedarlah mereka hanya menjadi malaikat di hadapan mu wahai ibu…wahai ayah.


Nah! Ibu ayah diperbodohkan dek kesalahan mereka sendiri. Moga generasi kita tidak termasuk dikalangan ini. Mereka diluar sana sedarlah, harta bukan lah segalanya tapi ia bukanlah menyebabkan kita menolak menjadi kaya.Jadilah kaya yang beriman dari menjadi miskin yang bersabar. Ia dibahaskan oleh Dr Yusuf Qardawi dalam kitab Fiqh Awlawiyat nya.

Mungkin coretan ringkas ini tidak merungkai atau memberi penjelasan konkrit tentang tajuk diatas namun itulah sedikit yang mampu dikongsikan.Mari merenung sedalam dan seikhlasnya dua buah dalil dibawah.


Allah berfirman : “ Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat kami serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas” (Al-Kahfi: 28)


Abu abbas Abdullah bin abbas ra berkata: suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW,(membonceng). Beliau bersabda,” Nak. Aku hendak mengajarimu beberapa kalimat: Jagalah Allah, pasti Dia menjagamu.Jagalah Allah, Dia sentiasa bersamamu.Jika kamu memohon sesuatu, mohonlah kepada-Nya.Jika meminta pertolongan,minta tolonglah kepada-Nya.


Ketahuilah , seandainya semua umat manusia bersatu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, mereka tidak akan mampu, kecuali yang sudah ditetapkan Allah untuk mu. Dan seandainya semua umat manusia bersatu untuk mencelakakanmu, mereka tidak akan mampu, kecuali keburukan yang telah ditetapkan Allah untuk mu.Pena telah diangkat dan tinta telah kering.” (Hadis riwayat Tirmizi.Dia berkata ,hadis ini hasan shahih)


Riwayat lain menyebut: “ Jagalah Allah, pasti kamu selalu bersama-Nya.Kenalilah Allah setiap saat kamu lapang, pasti Dia mengenalimu saat kamu susah. Ketahuilah, apa yang luput darimu tidak akan menimpamu dan apa yang menimpamu tidak akan luput darimu. Ketahuilah, kemenangan seiring dengan kesabaran, jalan keluar seiring dengan cubaan dan kemudahan seiring dengan kesulitan.”


-Sunan At-tirmizi : Shifatul qiyamah…Bab wa lakin ya handhalah..hadis no. 2516

-Musnad Ahmad ( 1/307)

Rujukan:

Kitab Al-Wafi-Syarah kitab Arbain An-Nawawiyah

Fiqh Al-Awlawiyyat –Dr Yusuf Qardawi

Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *