Aku mengenal Usrah


Siapakah ummi-ummi diatas memberikan usrah?


Salam ceria dan bahagia,


Izinkan saya menggunakan istilah `aku` unutk rasa lebih rapat dengan kalian semua. Aku mula mengenal usrah di pertengahan umurku ketika di maahad dulu. Usrah bagi ku tarbiyah. Bengkel unutk membaiki enjin (hati dan amal). Walaupun sesetengah manusia ku jumpai begitu `stigma` dengan istilah usrah. Hanya orang `baik` sahajakah perlukan usrah. Geng futsal?mat rempit?Bagaimana mereka?


Usrah adalah bengkel menjadi baik dengan erti kata unutk berubah kerana wujudnya murabbi yang menuntun kita kearah kebenaran insyaallah.


Murabbi dalam usrah


Murabbi atau guru ini menjadi fasilitator dan digelar naqib atau naqibah. Pelbagai jenis murabbi atau naqib yang saya jumpa.Ada yang bersemangat unutk buat usrah, ada yang mendakwa kononnya sibuk, ada juga yang memang pemalas dengan erti kata lain unutk mesej adik2 usrah dan ada juga yang kebudak-budakan. Nasihat saya layanlah adik2 usrah sebagai seorang dewasa.Saya tidak suka untuk memanggil adik2 usrah sebagai `ANAK USRAH`. Bila pula aku ada anak?hehe


Setelah menamatkan pengajian di maahd, aku pula lalui transformasi hidup lagi. Sepanjang menghabiskan sisa di UM ni banyak sungguh usrah yang ku jumpai. Dengan pelbagai bentuk dan pendekatan. Kepelbagaian ini bukan sahaja berlaku disini malah juga di maahad. Hebat sungguh kepelbagaian ini.


Tapi....




Entah kenapa aku tertanya-tanya punya banyak sangat usrah.Bagus tapi ada juga tidak bagusnya kerana masing-masing seolah bersaing unutk membuktikan akulah lebih alim..aku lah paling baik..aku lah paling mengikut kesyumulan jemaah sebenar dan pelbagai lagi.


Dari USRAH KARISMA keluaran JIM, USRAH PMI keluaran PMI, USRAH KABILAH keluaran (masih dalam penyelidikan) ,USRAH IKHWAN ALAMI ,USRAH HALUAN (usrah ayahku), USRAH  SYABAB,USRAH HIZBU TAHRIR dan pelbagai lagi.Semua jemaah bergerak mencari ahlinya.AHLI SURAU. Bagaimana dengan ahli futsal. Sehingga sekarang aku masih buntu bagaimana hendak mendekati mereka dengan kata lain meng`usrahkan mereka.Kenapa?Salah diri.


Tapi aku percaya: dengan usaha mereka ini bukanlah bermaksud unutk bersaing tapi untuk bersama meramaikan mereka yang berkefahaman islam bagi menghasilkan golongan pelapis negara yang betul-betul ANTI KORUP dan menegakkan ISLAM yang lama terkubur di bumi Malaysia ini. ISLAM disini hanya tinggal kulitnya. Tapi isinya KOSONG.bETUL TAK?


Banyak lagi yang mahu dikongsi tapi ku kira hanya setakat ini coretan petang yang bahagia ini.Mohon tunjuk ajar jika tersalah kata.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *