Jadual Waktu?


Zaman muda sudah berlalu...kenangan zaman PASUM, R3..

.
Salam Tahun Baru Maal Hijrah 1431 dan Tahun baru 2010,

Jadual waktu boleh dikatakan sebagai salah satu pendekatan untuk membentuk diri kearah menjadi seorang individu yang lebih sistematik. Namun tak semua orang mempunyai disiplin yang tinggi.Saya mula berjinak dalam dunia `jadual waktu` sejak dari sek rendah. Namun , ianya seolah-olah menjadi hangat-hangat tahi  ayam.

Kenapa?


Jadual waktu menjadikan kita lebih berdisiplin dan mengatur hidup dalam keadaan tersusun.Namun saya agak terkejut pabila kenyataan dari adik kita yang dapat 20 A  dalam SPM baru-baru ini bahwa dia tidak punya jadual waktu.Kalau dengar pengakuan adik madihah memang mengejutkan.


Tapi sedarlah, sebenarnya dia memang seorang berjadual .Cuma jadualnya tidak seperti kita yang lebih suka mencatatnya.Setiap waktu lapangnya diisi dengan menelaah pelajaran.Itulah namanya jadual.Bagaimana dengan sahabat-sahabat?


Punya jadual.Atau ada tips nak kongsi dengan pembaca lain tentang macam mana nak istiqamah(berterusan) dalam penggunaan jadual.Atau sahabat punyai pendirian sendiri tentang jadual hidup?



PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *