ASNAF

Hadiah terbaik pernah saya beri...KACIP FATIMAH..suke akak tu...

Salam bahagia,

Sukar nak digambarkan dengan kata-kata, pabila seorang yang bertaraf `datuk` menangis dihadapan anda menceritakan kekesalannya dengan perbuatan semasa mudanya. Tengahari itu memang cukup mengharukan. Itulah sedikit sebanyak pengalaman ketika bersama warga ASNAF zakat selangor.

Pengalaman demi pengalaman sebanyak mungkin akan ku timba. Tiba sahaja slot-slot tertentu, air mata terkadang tak mampu tertahan lagi....mengalir tanpa disedari...

Hari ini sedikit ingin dikongsikan bilamana saya terlibat bersama-sama mereka yang dikategorikan ASNAF ZAKAT. Perolehan zakat selangor yg mencecah rm 300 juta sudah cukup mengkagumkan kita. Namun agihannya juga  mesti memerlukan perhatian yang khusus.


main-main apa tu..wah mak cik2 ni memang hebat2 la..


Warga ASNAF SELANGOR patut bersyukur kerana mendapat bantuan yang cukup banyak. Bantuan demi bantuan diberi. Namun terkadang pergantungan oleh warga ASNAF 100% kepada zakat cukup menyedihkan. Tak nak berkerja dan hanya tunggu duit zakat. Tapi tak semua begitu..

Ada pula sekelompok warga asnaf yang tidak mahu berubah. Hanya mengharap bantuan sahaja. Macam makan gaji pula.Hujung bulan cepat2 ke pejabat zakat....huhuuu...sedihnya. Bagi yang berusaha , TAHNIAH saya ucapkan. Kamu memang sangat tabah.

Kelucuan dan keliru juga dibuatnya pabila ada kakak yang  datang menagih simpati dari saya...ingat saya pegawai zakat kot..heh.. Pada warga ASNAF yang membaca coretan saya ini, berubah la mulai hari ini. Jangan terlalu bergantung pada orang lain..




Ingat  tak sabda nabi SAW: `Tangan yang diatas (yang memberi) lebih baik dari tangan yang dibawah (menerima)'

Lagi ada yang dapat kacip fatimah...he


Mari kita bersama berubah kearah kebaikan. Tak malukah kita hanya menjadi penerima zakat..bila pula mahu menjadi pemberi zakat?

p/s: kepingin ke Indonesia la...mencari erti hidup..Jom. KEMBARA INDON!...

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *