Budayakan Membaca

Salam A`laik,

Harap semua sihat. Dalam minggu-minggu exam ni sempat lagi curi masa mencoret barang sepatah dua kata. Tajuk yang saya kira best untuk santapan pagi ini ialah Budaya Membaca.

Dulu orang kata, kalau nak masuk U kena banyak membaca. Betul ke? Ke kena faham sebenarnya? Mana satu ni? Lihat kawan saya A, boleh score tinggi pun, tapi dia tak banyak sangat membaca. Baca sikit tapi efektif.

Pada saya


Membaca ni seumpama minum air tau, banyak kita minum, bagus untuk kesihatan, tapi kalau minum banyak, maka banyak kali la ke tandas. Macam membaca gak, banyak membaca...tapi tak faham atau ingat, nanti ia keluar seumpama air kencing yang tak berguna langsung. Alangkah baik jika air diminum menjadi sumber tenaga pada badan.

Kenapa air?


Kenapa perumpamaan saya bawakan adalah air? Kerana betapa penting nya membaca seolah2 sehebat air. 70% kandungan komposisi badan manusia adalah mengandungi air. Air kan penting dalam kehidupan.Manusia yang makan sahaja tanpa minum air lebih cepat mati berbanding orang yang kehabisan makanan tapi hanya bergantung pada air.
Baca lagi>>>>

Ummah Iqra`


Anda ingat tak ayat Allah pertama turun : `Iqra`-bacalah. Tengok betapa pentingnya membaca dalam hidup ini.Tambahan pula ilmu-ilmu agama ni. Yang dapat bawa kita kearah dunia yang lebih sejahtera dan akhirat yang sempurna.

Budayakan Membaca


Ingat lagi tak masa kita kecil-kecil dahulu, mak ayah selalu pesan suruh kita baca buku....tapi kita malaskan. Nak tahu kenapa? Sebabnya ibu ayah sendiri tidak menunjukkan contoh membaca pada anaknya. Betul tak? Macam berceramah sana sini...tapi tak buat.Macam mana nak ikut.

Satu kisah Hassan Al basri, Ulama hebat , setiap kali nasihat beliau dari kuliah2 nya pasti akan diikuti oleh anak muridnya. Dia suruh derma ...pelajarnya pasti menderma. Nak tau kenapa? Sebabnya dia akan buat dahulu sesuatu perbuatan baik dan kemudiannya barulah dia sampaikan kepada yang lain- Sumber Masjid Arrahman (kuliah Isnin)

Oleh itu, jika anda bergelar ibu bapa..atau anda bakal bergelar ibu bapa, tunjukkan contoh membaca pada anak-anak anda. Mulakan diri anda dengan membaca surat khabar. Kemudian bacalah buku-buku agama ke, motivasi dan sebagainya.

Akhir sekali, mari tambah ilmu dengan membaca....BUDAYAKAN MEMBACA DARI SEKARANG..JANGAN TUNGGU BILA DAH BERANAK PINAK NANTI...

" Membaca Jambatan Ilmu"

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *