5.5.10- Paling BERSEJARAH dalam hidupku...

Sempat pergi kenduri kahwin faisal walaupun exam around the corner..-Gambar umah Amin

Salam bahagia dan ceria,

Ketika mencoret catatan ini, aku tersenyum memanjang saja. Kenapa ya? membacakan tajuk post juga pasti menimbulkan seribu persoalan. 5.5.10 bukanlah hari perkahwinanku. Bukan juga hari aku terima hamper-hamper besar atau dapat kerja.

Namun 5.5.10 menjadi catatan sejarah tersendiri buatku. Sengaja ku postkan tajuk yang berbunyi 5.5.10-PALING BERSEJARAH DALAM HIDUPKU. Supaya tarikh ini akan ku ingati sampai bila-bila.

Berakhir jam 1.30 petang maka tamatkan sebuah penantian untuk bergelar graduan Universiti Malaya. Kertas `Microbia Physiology and Biochemistry` dapat aku tamatkan dengan JAYA nya..Alhamdulillah. Hanya satu kertas sahaja untuk semester ini berikutan kesilapan sendiri semasa semester sebelumnya.

Saya berkongsi kegembiraan dengan anda semua. Keperitan menanggung makan minum sendiri dan kepayahan hidup akhirnya sedikit terubat setelah tamat exam.

Insyaallah aku ingin terus berlari ...dan terus berlari..mengejar cita-cita. Walaupun pahit 4 tahun belajar..namun manisnya ternyata lebih besar. Kenangan bersama teman-teman pasti dalam ingatan. Sekian sebuah coretan dari hati untuk perkongsian kegembiraan ku..Moga kita terus sukses di lapangan masing-masing.

Syukran.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *