Tafsiran kematangan dalam perspektif ku..

Salam ceria,

Hidup umpama roda. Sekejap diatas ..sekejap dibawah..ia juga umpama iman ..sekejap menipis terkadang pula menebal...Betul kata orang- kawan membentuk kita, kawan cerminan kita.....persekitaran membentuk peribadi dan pelbagai lagi kata-kata hikmah yang boleh dikutip.

Kematangan mempunyai pelbagai tafsiran yang berbeza-beza bagi setiap orang kerana ianya lahir dalam bentuk subjektif. Seumpama cinta dan sayang yang terlalu subjektif. Namun bicara ku ini tentang kematangan menurut kata hati sendiri,

Baca Lagi>>>>



Kematangan Umur


Kematangan umur biasanya dikaitkan dengan 1/4 umur hidup manusia kebiasaanya. Bagi Islam, seseorang yang bermimpi dengan terkeluarnya air mani dikira sudah akil baligh. Maka ia sudah menjadi mukallaf, Seseorang yang dibebankan sendiri keatasnya setipa dari perbuatannya yang dilakukan. Dengan maksud lain, jika dia berbuat dosa , maka dia sahajalah akan menanggungnya. Pada saya, akil baligh sudah dikira matang dari segi umurnya.

Kematangan Emosi


Kematangan emosi pula berkait rapat dengan perasaan. Kebolehan seseorang mengawal emosi menggunakan akal lebih dikira matang. Tapi bukan semua manusia boleh melakukannya. Sebagai contoh, matang emosi adalah kebolehan menahan marah....menahan tangisan melampau yang dilarang agama Islam (seumpama meraung atas kematian orang lain) dan sebagainya. Maka pandulah dengan Iman. Sensitif merupakan sifat semulajadi kebanyakan kaum hawa. Sensitif bertempat adalah yang terbaik. Jika `tidak bertempat` maka lahirlah sikap `tuduh menuduh`...`jelous membuta` dan sebagainya. Sindrom ini bukan sahaja kaum hawa, Kaum adam juga punyainya.

Kematangan Iman


Sukar untuk ku bicarakan soal ini kerana aku bukanlah ahlinya. Maka aku bercakap tentang teorinya dengan sebab mungkin ada yang terbac ini boleh mengambil iktibar termasuk diriku. Pada ku, Kematangan iman bila kita rasa takut untuk melakukan dosa. Ada iktiar untuk mengurangkan dosa. Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu maksiat dan dosa.

Mari kita  renung hadis Sahih Bukhari ini:
Dari Anas r.a dari Nabi SAW katanya:" Ada 3 perkara , barangsiapa melakukan ketiga-tiganya, nescaya ia mendapat kemanisan Iman:
1.Orang yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada cintanya kepada yang lain daripada keduanya.
2.Orang yang mencintai orang lain, kerana Allah semata-mata
3.Orang yang benci untuk kembali kepada kafi,setelah Allah melepaskannya daripada (belenggu) kekafiran itu,sama dengan bencinya akan dijatuhkan kedalam neraka" 
Hadis Sahih Bukhari: No 16,m/s 20, Tajuk Iman
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *