JI atau hanya propaganda

Adakan kanak-kanak ini pengganas yang ditakuti?

Salam ceria,

Bila saja sebut tentang JI ,kita pasti ingat Allahyarham Nordin Mat Top dan rakan-rakannya. Ingat juga pada ulama Indonesia , Abu Bakar Basyir dan banyak lagi nama yang dikaitkan dengannya.

Pendedahan terkini oleh Ketua Polis Negara pada saya bukan sesuatu yang luar biasa. Kumpulan Maunah...JI semua pernah mendapat perhatian ketua polis negara. Tapi modus operandi dengan mengaitkan seseorang pada sesuatu yang tiada bukti bukanlah cara Islam.

Dedahkan bukti dan bicarakan mereka seadilnya.Itu lebih baik.Tindakan yang hanya bertek teki dengan kononnya mempunyai bukti perlulah dikemukakan. Ia seolah-olah cubaan untuk mengheret orang Islam ke kancah persepsi negatif orang bukan Islam.

Maklumlah, jika diteliti dari sudut politik sekarang ini, kelihatan sokongan masyarakat bukan Islam memang ternyata berpihak kepada Pakatan Rakyat. Wallahua`allam.

Tindakan mengaitkan tanpa bukti atau dakwaan semata-mata hanya menyerupakan pelakunya dengan agenda-agenda yahudi zionis, freemason dan Amerika dalam menangani `pengganas` kononnya. Mainan media yang dikuasai Yahudi pada masa lalu ternyata menjadi.Maka ISLAM dan menganutnya menjadi sasaran..Afghanistan di serang..Iraq dihancurkan..

Pada akhirnya tiada bukti ditemui seperti didakwa. Maka apa sebenarnya ini.Walhal, agen yahudi seperti  Bush berkali-kali mengatakan mempunyai bukti. Kuasa besar seperti US ini pandai menipu..apatah lagi kroni-kroninya.

Tndakan terbaik, dedahkan....kemudian bicarakan.Jika mereka layak untuk disabitkan kesalahan maka hukumlah. Bukan hanya andaian atau cakap kosong yang hanya sebenarnya propaganda politik sahaja.

Bicarakan...jangan di ISA kan.Buktikan!

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *