Mana dulu Ibu atau Isteri?

Salam bahagia,

Ingat lagi saya pada seorang guru Bahasa Melayu, Cikgu Norizan ketika saya masih di tingkatan 3 dahulu. Kenapa saya ingat dia? Ketika kami sedang bersenda gurau dalam kelas bersama rakan-rakan lain...maka terpacul keluar dari bibir guru yang sebaya usia ibu saya dengan satu persoalan:

"Saya ingin tanya satu soalan pada hari ini...dan kamu jawab soalan ini pula 10 tahun dari sekarang: Jika kamu seorang suami nanti...dalam satu pelayaran ..tiba-tiba kapal karam...mana dahulu ingin kamu selamatkan jika yang pergi belayar adalah kamu,isteri dan ibu. Siapa yang kamu selamatkan dulu?"


Maka jawapan kami cepat sekali dilontarkan: jawapannya adalah pastinya IBU.

Maka lalu si guru lantas menjawab: "Ketika ini jawapan kamu ialah Ibu tapi saya mahu kamu tanya pula pada 10 tahun dari sekarang. Pilih satu jer..

Masa kini


Kini umur ku sudah 24 tahun. Lagi 1 tahun sebelum daku mencari jawapan itu.Namun selagi belum berkahwin maka jawapan itu masih belum dapat ku berikan. Mungkin ku jawap kedua-duanya.Namun teringat si guru tadi...tiada jawapan kedua-duanya..

Lantas...aku bingung. Anda ada jawapan?

p/s: mungkin yang sudah berkahwin ingin memberi jawapan....

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *