Masuk` U` sudah tidak seperti dulu

Salam bahagia,

"Dulu umi masuk U satu bandar sambut...ramai datang rumah...sebab dalam daerah ni hanya beberapa orang saja dapat masuk U. Dulu hanya ada UM,UKM,UPM dan USM." Itulah mungkin coretan kisah silam bila seorang ibu menceritakan kisah silam pengalaman menjejak kaki ke U.

Namun kini ianya cukup berbeza.Jika dahulunya , yang memasuki U akan disanjung tinggi, kata-katanya didengar masyarakat. Sambutan jika pulang ke kampung sungguh luar biasa hebatnya. Wira bangsa katakan. Betapa susahnya dahulu jika mahu dibandingkan sekarang. Hanya mereka yang tegar dan tabah sahaja yang menjejak kaki ke universiti.

Situasi itu mungkin berlaku 30 tahun lalu. Namun kini ianya bertukar 360 darjah. Semakin ramai bijak pandai...semakin ramai anak-anak kita dapat menjejak kaki ke U. Dulu satu kampung, jika mahu dicari seorang yang memasuki U bukan main payah lagi. Tapi kini hampir setiap kampung akan melahirkan paling kurang seorang graduan.

Betapa berkembangnya ilmu dan teknologi. Tak kurang juga masalah disebabkan terlalu pintar juga timbul. Kes sosial disana sini...siapa lagi kalau bukan mahasiswa..penagihan dadah..dalangnya juga mahasiswa ...Bertopengkan pelbagai alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Dek merasakan diri terlalu pintar kot.

Mahasiswa kini sudah tidak menjadi impak yang besar kepada masyarakat. Mahasiswa kini saya kira sudah hilang fungsi sebagai jurucakap masyarakat. Apa sebabnya? Sikap high class dan tidak mahu bergaul dengan orang kampung menjadi antara sebabnya. Bukan anda saja terkena...saya bukan juga.

Maka mari kita tanamkan niat dan berubahlah dengan memberi impak kepada masyarakat. Tolong mereka dan pasti Allah akan membantu kita. Sayangi mereka nescaya Allah akan menyanyangi kita. Jadilah mahasiswa agen perubah bangsa bukan agen perosak.

Selamat datang buat seluruh mahasiswa baru yang mendaftar diseluruh U di Malaysia. Anda harapan kami. Dan kami mahu bersama anda menjadi agen perubah itu!
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *