GEMPAR!Surat Penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad

Baca dibawah untuk lebih jelas
Salam a`laik,

Berderau darah saya bila membacakan seribu satu penghinaan terhadap umat ISLAM dan orang Melayu. Hanya kerana beberapa kerat warga Melayu yang melakukan perbuatan terkutuk Rasuah, maka seluruh umat melayu dipersalahkan. Bahkan ke jahilan penulis surat ini jelas sekali kelihatan dengan mengaitkan Islam dengan Orang Melayu.

Satu pertanyaan saya pada penulis, Di India begitu ramai orang hindu yang sangat miskin sehingga terpaksa meminta sedekah di kuil-kuil. Tidakkah agama Hindu itu memberi kemiskinan pada anda? Jika di Philipina, masyarakat miskin paling ramai bukanlah Islam tapi Kristian. Bolehkah kita buat kesimpulan bahawa agama Kristian itu penyebab kepada kemiskinan.




Dek rasa marah, kasihan anda mencaci maki orang lain tanpa ilmu pengetahuan secukupnya. Semoga Allah memberi hidayah pada penulis surat ini untuk menerima Ilmu secukupnya tentang Islam bahkan semoga dia mendapat hidayah petunjuk untuk memeluk Islam.

Pada pelaku Rasuah, lihatlah hanya kerana perlakuan anda , Islam terhina. Anda menanggung dosa besar kerana melakukan rasuah dan makanan HARAM hasil dari Rasuah anda berikan kepada anak-anak sudah cukup membuatkan mereka sengsara.Jangan salahKAN mereka jika mereka suatu hari nanti menjadi ANAK DERHAKA kerana MAKANAN yang kau berikan. Semoga ALLAH memberikan hidayah untuk anda.Ameen.





p/s: Jauhi RASUAH! dan sebarkan ISLAM pada semua semoga tiada lagi yang SALAH FAHAM terhadap ISLAM. Perlu diingat surat yang dipaparkan bukan tujuan untuk mencetuskan polimik perkauman namun untuk iktibar dan pengetahuan kita semua.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *