Mencari bahagia?

Alangkah bahagia jika dapat membahagiakan orang lain

Salam `alaik,

Tinta ini menulis lagi.Kali ini bicaranya tentang bahagia. Padaku bahagia itu subjektif. Namun kebahagiaan ini perlu dicari. Pada mereka yang tercari-cari kebahagiaan, ketenangan hati, moga-moga catatan ini dapat memberi sedikit ilmu pada kalian semua.

Kebahagiaan menjadi dambaan kita semua. Bahagia itu datang pabila kita merasa tenang dalam kehidupan, bahagia itu juga kegembiraan yang sukar digambarkan. Orang kaya belum tentu bahagia. Serabutnya mengalahkan orang miskin yang kais pagi makan pagi. Kecelaruan pemikirannya dek memikirkan asal-usul rezeki yang diperolehnya.... dimana mahu menyimpannya...keresahan pasti kau akan lihat dimuka-muka mereka kecuali mereka yang beriman.



Bahagia dalam kerjaya


Ada setengah dari teman ku mencari bahagianya dalam kerjayanya. Ketekunannya menyebabkan siapa yang melihatnya pasti kagum. Pulangnya lewat malam dan fokusnya 500% lebih dari orang lain. Masa rehatnya tidak menentu bahkan solatnya juga diakhir waktu.

Kita mungkin pernah berjumpa atau mungkin kitalah orang itu ? Nah, kerjaya memang sangat didambakan oleh setiap manusia yang bergelar penganggur. Namun pada ku, kebahagiaan sebenarnya hanya menjelma seketika sahaja. Pernah tak kalian bertanya pada diri.... adakah kerja ku ini membuatkan aku bahagia dan gembira? Adakah bahagia aku pabila aku dapat menyelesaikan tugasan dan kemudiannya datang lagi tugasan baru? Adakah aku bahagia pabila masaku 24 jam ku habiskan di pejabat? Adakah aku bahagia pabila hubungan ku dengan masyarakat semakin renggang?

Pertanyaan diatas wajar ditanya pada diri kita jika kita adalah salah seorang yang bersifat seperti diatas. Tanyalah dengan ikhlas maka pasti anda akan rasa tidak bahagia jika anda menilai bahagia itu ada pada kerjaya.

Lalu mari kita telusuri bahagia dalam masyarakat pula.

Bahagia dalam masyarakat


Mari kita mencari kebahahagiaan dalam masyarakat pula. Ada sebilangan manusia yang cukup hebat.khidmatnya untuk masyarakat mengalahkan YB. Hebatnya dalam berbakti untuk masyarakat. Jika kita cuba senaraikan jumlah sumbangan yang telah beliau laksanakan....perghhh...penuh sehelai kertas. Cukup hebat.

Adakah dia bahagia? Mungkin dia bahagia pabila dia dapat meringankan beban orang lain. Namun jika seorang pelajar, maka seharusnya dia juga bahagia jika dapat meringankan penderitaan ibunda dan ayahda yang mengharapkan si anak tadi cemerlang di institusi pengajian. Ringankan beban ibu bapa sendiri pada saya lebih utama. Atau jika mereka bukanlah pelajar, kesibukan jangan pula mengalahkan ibadah yang sudah tertuntut ke atasnya.

Pertanyaan untuk mereka yang hebat ini, adakah aku selama ini ikhlas atau aku hanya berniat membina tapak untuk sesuatu yang lebih aku mahukan selepas ini? atau aku hanya berkhidmat untuk mendapat nama dan pujian dari teman-teman atau aku sememangnya bahagia pabila aku dapat menyumbang? Mari bersama kita jawab persoalan diatas.

Bahagia itu bila bersama Allah



" Dialah (ALLAH) yang Menurunkan Ketenangan ke dalam Hati Orang-orang Mukmin (Lelaki dan Perempuan), agar Keimanan Mereka Bertambah di samping Keimanan Mereka (yang Sedia Ada)....
......Dan Kepunyaan ALLAH-lah Tentara Semesta Langit dan Bumi, dan adalah ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Agar Dia memasukkan Orang-orang Mukmin Lelaki dan Perempuan ke dalam Syurga yang mengalir Sungai-sungai di bawahnya, Mereka Kekal (Abadan Abadi) di dalamnya....
.....dan Agar Dia (ALLAH) Menghapus Dosa Kesalahan-kesalahan Mereka...
.....Dan yang Demikian itu, di sisi ALLAH merupakan suatu Keberuntungan yang Besar."[ Surah Al-Fath (48) : 4 - 5 ]



Nah, ternyata bagi kita bahawa Allah lah yang menurunkan ketenangan dalam hati manusia. Ketenangan itu datang pabila kita engikut perintahnya. Jika perintahnya kita `anak tirikan` maka tidak hairanlah setiap kerja yang kita laksanakan tidak memberi kebahagiaan kecuali sementara sahaja.

Pekerjaan atau situasi bahagia yang daku sebutkan diatas tadi iaitu dalam masyarakat dan kerjaya bukanlah bermaksud melarang kita semua dari mencari bahagia disitu namun penekanan ku hanyalah bermaksud bahagia yang PALING UTAMA untuk dicari adalah dari Allah. Jika setiap kerja yang kau lakukan kerana Allah, daku percaya pasti bahagia kau temui termasuklah dalam masyarakat dan kerjaya.

Mari kita renung sebuah hadis Nabi tentang bahagia dalam masyarakat dalam erti kata meringankan beban orang lain.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim daripada kesusahan -kesusahan dunia, nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan kesusahan di hari kiamat. 
Sesiapa yang memudahkan orang yang mengalami kepayahan dunia, nescaya Allah akan memudahkan baginya urusan dunia dan akhiratnya. 
Sesiapa yang menutup keaibannya seorang Muslim di dunia maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hambaNya selama mana hambaNya berusaha menolong saudaranya. 
-Hadis riwayat Muslim (No hadis 6853)

Telusuri dan hayati hadis diatas pasti kita percaya bahawa dalam pekerjaan dan masyarakat sebenarnya sudah termasuk dari apa yang diperkatakan tentang kebahagiaan tadi. Bahagia pabila kita dapat melepaskan beban yang tertanggung pada orang lain. Namun hakikatnya ianya dibuat kerana Allah.

Satu lagi Ayat Allah sesuai untuk kita hayati yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) 
-Surah Al-Talaq ayat 2. 

Lihat lah, jika kebahagiaan yang kita cari, buatlah sesuatu yang diredhai Allah, insyaallah Allah mengurniakan kebahagiaan buat kita. Berzikirlah ketika duduk, berdiri , sedang menaiki kenderaan...ingatlah Allah pastu Allah berikan kita ketenangan dan kebahagiaan.

Sedikit perkongsian ini diharap memberi sedikit ilmu pada semua. Pokok pangkalnya, buatlah sesuatu kerana Allah pasti akan datang bahagia. Jika tidak kau temui bahagia juga, maka sedarlah itu mungkin cubaan Allah untuk mu. Cubaan Allah datang pada titik kelemahan mu dengan tujuan supaya kita perbaiki kelemahan itu sekadar termampu. Mohon maaf jika penulisan ini menyakitkan hati sesiapa. Wallahu `alam.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *