Proton Inspira pengganti Proton Waja


Salam bahagia,

Jika saudara melihat pada artikel lepas saya berkenaan kereta baru yang bakal menggantikan Proton Waja dengan tag nama cadangan Proton Impian. (Lihat disini). Ternyata namanya sedikit meleset. Namun kenderaan kelas C ini dengan kerjasama Mitsubishi ternyata gah dan menawan. Harga permulaan sekitar RM79K pasti mendatang rasa cemburu pengguna Mitsubishi Lancer.Proton Inspira nama diberi.Pasti namanya seindah maksudnya, Harap-harap kualitinya juga begitu dengan sentuhan emas Lotus.

Harganya cukup murah jika dibandingkan dengan Lancer keluaran mitsubishi. Model Proton P3-90A ini kelihatan segak dan saya kira bakal menjadikan Proton kembali menawan pasaran kenderaan kelas C. Kenderaan ini dengan permulaan cc kenderaan 1.8 sehingga 2.0 pasti tidak mengecewakan anda terutamanya generasi professional muda yang ingin kelihatan sporty. Nantikan kehadirannya di tempat anda.

p/s: Menurut sumber dalaman, 2000 unit kenderaan Inspira  pertama adalah didatangkan khas dari jepun. So, apa lagi. Tempah jangan tak tempah...



Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *