Machonya Menteri Jepun..menteri kita?

Salam bahagia, Pagi ini seperti biasa rutin harian di makmal yang serba `canggih` ini saya mulakan dengan menyemak senarai email yang menjengah masuk tidak putus-putus. Sempat juga menoleh beberapa akhbar online.

Kesempatan dan keghairahan menulis sedikit hilang `zoook` nya. Ntah kenapa ya. Mungkin sedang mencari rentak balik. Berita menarik hati ini ingin dikongsi dengan pembaca sekalian. Lihat saja tajuknya pasti saudara/saudari sudah tahu akan maksud beritanya.

Menteri kehakiman Jepun letak jawatan? Kenapa? Hanya kenapa dianggap biadap selepas mengatakan tugasnya sebagai menteri kabinet adalah mudah.



Macho sungguh menteri itu. Hanya kerana kesilapan yang pada kita `remeh` terus beliau mengambil langkah drastik dengan meletak jawatan. Adakah ini berlaku di negara kita tercinta ini? 

Sekalipun laporan audit tahunan dikeluarkan, malah menteri di jabatan dan kementerian tertentu berdiam seribu bahasa. Belum lagi jika berlaku dakwaan kes-kes yang berprofil tinggi yang melibatkan menteri. Semua seolah tidak mahu melepaskan jawatan `besar` itu.

Adakah kerana habuan projek pasti akan sukar diperoleh? Memang mentaliti sesetengah hamba POLITIK SEMPIT  melihat jawatan sebagai sumber mencari rezeki yang `lebih-lebih`. Bila ada kuasa maka ada projek..bila ada projek maka banyaklah duitnya....

Sebagai contoh Bila anda menjawat jawatan seumpama ketua bahagian dalam parti pemerintah, kebiasaannya projek akan melalui anda dan anda pasti mendapat sedikit tempiasnya. Tidak hairanlah ramai yang mahukan jawatan itu. Selepas diamanahkan...maka batang hidung pun tak nampak.

Mungkin pengalaman kita tidak sama. Anda pastinya punyai pandangan sendiri. Tapi pada saya, Macho nya menteri jepun itu mengalahkan Menteri Malaysia.....




Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *