Tazkirah pendek tentang solat


1. Dari Abu Qatadah As Salami r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang kamu masuk masjid hendaklah solat dua rakaat* sebelum duduk”                                                                -Hadis Sahih Bukhari ( Hadis no: 255)  *Maksudnya Solat tahiyyatul masjid

2. Dari Abu Hurairah r.a , dari Nabi SAW bersabda:” Solat berjemaah lebih banyak nilainya dari 25 kali ganda daripada daripada solat di rumah atau di pasar (tempat berkerja) .Sesungguhnya apabila kamu berwuduk dengan sempurna kemudian dia datang ke masjid dengan niat semata-mata untuk solat, maka setiap kali melangkah walaupun selangkah, Allah menaikkannya satu darjat dan menghapuskan kesalahannya sehingga dia masuk ke masjid. Apabila dia telah masuk, maka selama ia mengerjakan solat bahkan selama ia masih berada di tempat duduknya di masjid itu, malaikat senantiasa mendoakan baginya selama ia belum berhadas, “ Wahai Allah, Ampunilah dia dan kasihilah dia”.                                                                                                                                          -Hadis Sahih Bukhari (Hadis No. 284)  

3. Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Malaikat mendoakan untuk seseorang kamu selama ia masih berada di dalam Musolla (tempat solat) dimana ia melakukan solat dan selama ia belum berhadas. Kata malaikat: “ Ya Allah, Ampunilah dia dan turunkanlah rahmat-Mu kepadanya”.                                                                                                                                 -Hadis Sahih Bukhari (Hadis No 256)



Ketiga-tiga hadis dinyatakan diatas jelas sekali menunjukkan kepada kita semua betapa hebat dan besarnya pahalan kita mengerjakan solat berjemaah. Kita sering kali mencari alas an untuk bersolat bersendirian. Mungkin kerana nak cepat sudah? Jika kita boleh bayangkan, kita berada di padang Mahsyar Allah dan Allah perlihatkan kepada kita setiap solat yang kita jalankan hanya sia-sia, bayangkan azab yang kita terima. Cukup sakit. Matahari sejengkal. Bayangkan juga solat datang pada kita dan berkata “ Kau menyia-nyiakan aku, kau kata, kau sudah solat, sebenarnya kau TIDAK solat! Fikiranmu entah ke mana….Lalu orang itu diseksa. Berbaloikan solat sendirian jika nak cepat?

1 pahala dibandingkan dengan 25 pahala solat jemaah. Mana yang anda mahu? Jika soalan ini ditujukan kepada kanak-kanak...mana mahu rm25 dan rm1. Pasti jawapan mereka RM25. Tapi kenapa ramai yang tidak mahu? Tak lain tak bukan, sebab tidak Nampak pahala itu. Namun sahabatku percayalah , Pahala dan dosa itu ada.

Marilah kita sama-sama meriahkan surau kita ini. Bacalah selalu untuk memeberi semangat pada kita warga KOTA untuk mendekatkan diri pada Allah dan sebarkanlah.

JIKA ALLAH MENGHENDAKI KITA MULIA, PASTI DIGERAKKAN HATI KITA UNTUK MENUJU KE    TEMPAT SOLAT

Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *