Menulis kembali!

  
  Memang sukar untuk menolak keinginan membuak-buak untuk menulis. Menulis ibarat mencerna pemikiran dan melahirkan lakaran-lakaran pemahaman diatas kertas alam maya. Bagi mereka yang kaki menulis, setiap hari tanpa menulis ibarat hari sunyi yang membosankan.


   Menulis atau mencoret memberikan gambaran pada apa yang bermain di fikiran si penulis. Mencoret dengan seni pengucapan dan penulisan merupakan sesuatu yang menghiburkan. Sesuatu yang memberi manafaat pada sang pembacanya.


   Namun trend semasa yang lebih menjurus kearah politiking yang melampau sedikit sebanyak mencacatkan alam maya. Tuduhan , makian, cacian seolah menjadi makanan alam siber. Kasihan sungguh mereka yang terlibat. Bukankah setiap perbuatan kita akan di perhitungkan. Maka berfikirlah dua kali sebelum anda menulis.


   Menulis membinasakan jika ianya hanya menjadi sarang umpatan dan makian terhadap yang lain. Tapi jika disalurkan ke arah kebaikan, maka si penulis dan pembaca akan sama-sama mendapat manafaat. Mari kembali menulis. S.I sudah  kembali!



Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *