Hijrah Nabi tauladan untuk kita

Salam keatas semua,

Waktu berlalu cukup pantas, sepantas itu jugalah politik meluncur dengan isu-isunya. Mari kita singkap satu kisah yang sering kita dengar setiap kali masuknya awal muharram. Kisah penetapan awal muharram yang dimulakan oleh Saidina Omar Al-Khattab sudah sering kita dengar. Mari kita lihat satu sudut pandang yang sedikit berbeza tentang awal muharram.

Muhammad SAW mula dilantik nabi ketika berusia 40 tahun. Ketika itu cubaannya cukup kuat. Tapi Nabi Muhammad SAW sememangnya terkenal dengan pengaruhnya yang cukup besar. Bukan kerana strategi yang diatur olehnya sendiri, tapi strategi yang Allah tanam terus pada peribadinya. Gelaran AL-AMIN (yang amanah) sudah menjadi bualan orang mekah sejak beliau kecil lagi.

Cubaan demi cubaan datang bertimpa tanpa henti. Lalu Allah mengarahkan Nabi Muhammad SAW supaya berhijrah. Untuk mencari tempat baru supaya Islam boleh terus bertapak di bumi Allah dan memberi manafaat pada manusia lain.

Pernah tak kita fikirkan, sewaktu nabi berhijrah umurnya sudah 50 an. Bagaimana pula masyarakat kita ketika umur 50 an. Mula nak besarkan rumah, nak beli itu beli ini.... Nabi memulakan dakwah ke madinah dengan usia begitu tua. Nabi dan para sahabat berbeza puak dari Mekah. Bagaimana pula perbezaan puak boleh diterima oleh kaum lain. Sebagaimana masyarakat Aus dan Khazraj di Madinah yang bersatu menerima Nabi Muhammad SAW.



Pernah tak kita terfikir apa hebatnya nabi yang menyatukan 2 pihak yang sering berbalah di Madinah, bukan saja menyatukan mereka bahkan Nabi sebagai orang luar di terima sebagai pemimpin paling tinggi di Madinah.

Saya bayangkan sebegini, Seorang manusia dari negara luar, menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia, kemudian orang itu pula dilantik PM di negara kita sendiri? Agak-agaknya boleh berlaku tak di dunia sekarang? Yang masing-masing berebut nak jadi pemimpin walaupun ada yang nak jadi itu tak layak pun digelar pemimpin.

Bagaimana Nabi SAW melakukannya?

`Branding` atau Jenama Islam yang ada pada Nabi sudah cukup untuk membuatkan penduduk negara asing menerima bangsa lain sebagai pemerintah mereka. Adakah Nabi berperanan berseorangan? Tidak. Nabi SAW membina kumpulan atau TEAM MUHAJIRIN yang dibawa dari Mekah juga dengan keperibadian yang sama.

Buktinya APA?

Setelah kewafatan Nabi SAW, Madinah masih mengiktiraf khalifah Ar-rasyidin sebagai pemerintah mereka. Begitulah hebatnya kupulan luar dari negara luar iaitu kumpulan MUHAJIRIN dari negara Mekah menjadi pemimpin yang diterima oleh Negara Madinah.

Hebat mereka bukan kerana kehebatan harta yang dibawa dari Mekah. Kerana kebanyakan mereka datang sehelai sepinggan. Tapi mulia mereka kerana `value` atau nilai yang ada pada mereka. AKHLAK. Nilai akhlaklah yang mengatasi segala nilaian lain. Jika nilaian harta menjadi ukuran, pasti orang akan berfikir bahawa Nabi saw datang ke Negara Madinah adalah untuk menambah hartannya dan menakluk Madinah dan kekayaannya. Tapi jelas Nabi saw ke negara Madinah adalah untuk memberi dan menambah nilai pada penduduk Yathrib ( madinah) itu sendiri sehingga negara ini yang dulunya menjadi negara kecil disegani oleh seantero dunia.


PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *