Hari 4: Melancong ke Bandung

Hari 4:

Pagi tu seperti hari sebelumnya, bangun awal pagi setelah solat subuh, rehat sebentar untuk mengambil tenaga bagi perjalanan kami seterusnya. Iaitu ke Bandung. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. Mas Aji menjadi pemandu arah kami. Perkhidmatan yang ditawarkan sekitar 4++ ribu rupiah (RM 150) untuk seharian melawat bandung dan jalan-jalan sekitar Jakarta.

Minyak dan tol kami bayar. Tapi rasanya berbaloi. Mas aji juga orang yang sudah biasa membawa orang Malaysia.

Mas Aji..penunjuk arah dan pemandu pelancong kami




Tersenyum lebar semua...




Monumen orang terbang..


Masjid ini hampir 90% sama dengan masjid sultan abd aziz shah, shah alam



Pemandangan indah sebaik memasuki Bandung

Perjalanan kami akan ke Tangkuban parahu , kawah gunung berapi di Bandung. Sebelum itu kami singgah di Factory Outlet. Disini banyak pakaian berjenama boleh didapati dengan harga murah. Tapi tiruan. Biar gambar saja yang bercakap:


Factory outlet yang famous di sini




Keluar dari gudang pakaian berjenama...tangan kosong saja?



Yang terjurai dalam gambar adalah antara tanda majlis perkahwinan di kawasan tersebut.


Menghampiri Tangkuban parahu


Tiket masuk ke kawasan kawah gunung berapi terkenal di Bandung, Tangkuban parahu


Perjalanan naik ke gunung berapi


Inilah kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif. Kawah ini dinamakan kawah Ratu.





Pelbagai jualan ole-ole Bandung dijual disini 



Selepas ke kawah gunung berapi, jadual kami diteruskan ke tempat shopping terkemuka di Bandung iaitu Chiwok. Anda boleh dapatkan sehelai baju t-shirt bandung berharga sekitar 20 000 rupiah sahaja. Lebih kurang Rm 6. Mengikut mas aji, lebih baik berbelanja disini berbanding di tangkuban parahu kerana harga sesetengah barangan boleh naik berganda-ganda di sana. Selepas itu kami ke restoran  Nasi bancakan, masyarakat Sunda. Selepas itu ke factory outlet lain sekitar bandung sebelum pulang ke Jakarta. 



Spiderman sedang beraksi di Chiwok, bandung (kalau x salah nama la)



Gerai nasi bancakan. Makanan ala-ala malaysia tapi taste berbeza sikit.Mesti cuba.Harganya berpatutan



Gulai sotong yang berwarna hitam..mengerikan tapi sedap..

Malam itu kami kembara lagi melihat masjid terbesar di Indonesia bahkan di asia tenggara juga kot sambil solat isya disana. Masjid Istiqlal. Ruang solatnya sahaja  4 tingkat. Memang besar. Yang ironinya, dihadapan masjid itu, terdapat sebuah gereja yang pada saya paling cantik seumpama cerita Harry Potter..Entah apa namanya. Semacam perang psikologi la plak di sini. Satu masjid yang satu lagi gereja.




Kelihatan menara gereja yang tinggi dihadapan pintu masuk masjid di seberang jalan sana..

Malam melabuhkan tirai.Kami kepenatan tapi puas dengan pengembaraan melihat kebesaran alam ciptaan Allah.

Bersambung...


Menarik:

Hari Pertama di Jakarta

Hari kedua: Shopping di Tanah Abang

Hari 3: Wisuda dan Buku oh buku

Hari 5: Kenangan indah di Jakarta



Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *