Hari Pertama di Jakarta



HARI 1 ( 3.5.12)
 Ibu mertua tengah menelefon ayah tercinta di Pahang
Salam semua, 

Mari saya kongsikan sedikit pengalaman perjalanan selama 4 hari di jakarta dan sehari di bandung untuk panduan bagi mereka yang belum pernah sampai ke sana atau yang bercadang ingin melancong ke sana.

 Jam 4.47 pagi.

Bersama ibunda mertua , saya menuntun beg yang boleh tahan besar tapi muat-muat untuk naik kapal terbang. Kami mengambil tren ERL pertama dari Stesen Bandar Tasik Selatan ke LCCT.  Perjalanan mengambil masa hampir sejam juga la. Bayarannya juga sekitar Rm 10.80 dari Bandar tasik selatan.  Perjalanan bermula dari Bandar tasik selatan menggunakan Tren ERL sehingga stesen Salak Tinggi, kemudian naik pula bas untuk ke LCCT yang mengambil masa dalam 40-45 minit. 

Di ringkaskan cerita selepas tiba di LCCT , kami terus ke bahagian timbangan bagasi terlebih dahulu, kemudian bahagian passport warga Malaysia, dan seterusnya bahagian imbasan beg yang di bawa. Nak dijadikan cerita, adik di sana (Angah a.k.a.Atirah)  ada memesan kicap untuk kegunaannya. Lalu sangkut di bahagian imbasan. Memang tidak dibenarkan bawa cecair ketika penerbangan. Tapi alhamdulillah, setelah ber`nego` dua tiga patah, maka kicap kami berjaya diselamatkan..heh.




Jam 6 pagi

Alhamdulillah selepas kes di bahagian imbasan beg, kami terus ke Gate T12 untuk pelepasan ke Jakarta menggunakan penerbangan AIRASIA AK 1380. Rasanya perjalanan jauh pertama kali ini cukup mudah. Terima Kasih pada Allah. Kisah tukar tiket penerbangan dalam coretan sebelum ini memang cukup memeningkan kepala sedikit.

Berdua sahaja. Isteri tersayang akan menyususl kemudian
Perjalanan dari LCCT ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami berlepas jam 7.00 pagi waktu Malaysia dan sampai di sana sekitar jam 9 pagi waktu Malaysia atau 8 pagi waktu Indonesia ( Tolak 1 jam).


Kota jakarta dari atas udara
Sesampai di terminal 3, Lapangan terbang Seokarno Hatta, kami disambut dengan panggilan pemandu teksi `sapu`. Mengikut adik ipar, Atirah, mereka ini mengenakan cas yang agak mahal juga kepada pelancong kerana tidak menggunakan meter. So nak jimat kenalah naik teksi bermeter. Disana teksi dipanggil Taksi atau Armada. Plat nya berwarna kuning. Kalau hitam itu kenderaan peribadi. Kalau plat kunig itu untuk kenderaan awam.

Ketibaan di lapangan terbang Soekarno hatta jakarta

Bahagian dalam ketibaan di terminal 3 jakarta
 Gambar dibawah sepanjang perjalanan kami dari terminal 3 ke Jakarta barat atau lebih spesifiknya tempat kami ingin menginap di Gelong baru timur, Tomang, Jakarta barat.

 Bahagian depan terminal 3

 
Anda perasan tak, kereta gen2 dijadikan teksi di sini (biru)

Perjumpaan kasih sayang..ada iras siapa ni yer 


Tugu di seberang jalan tidak jauh dari lapangan terbang

 Alhamdulillah perjalanan berjam-jam itu akhirnya mencapai matlamat awal iaitu ke rumah penginapan. Rumah yang saya menetap ini merupakan rumah sewaan yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Didalamnya banyak bilik dan setiap bilik disewakan. Harganya mungkin anda terkejut, sekitar RM30-40/sehari. Murah bukan?


Kami dihadapan rumah sewaan berkenaan



Bilik yang dilengkapi TV dan almari pakaian


Juga dilengkapi bilik air dan penghawa dingin

 Bilik yang selesa dan murah ini memang berbaloi jika dimiliki bagi mereka yang mahu mengembara. Kerana jarang sekali masa yang dihabiskan di bilik. Sebaliknya kebanyakan masa pengembara pastinya di jalanan.

Justeru itu, memang bilik yang ringkas bersesuaian untuk kami si pengembara singkat di bumi Jakarta.

 
Umi meneruskan perjalanan ke tempat penginapan bagi kaum hawa

 Setelah penat sepanjang perjalanan berbekalkan sedikit air, kelaparan mula terasa. Mujurlah Atirah memahami bahasa badan kami. He2. Dibelinya nasi ala-ala nasi Uduk berlaukkan ikan talapia. Nak tahu nasi Uduk tu seperti nasi lemak jika di Malaysia. Tapi rasanya mungkin sedikit berbeza. Harganya sekitar 6000 rupiah kalau tidak silap. Sekitar Rm 2. Murah kan? Yang berbezanyanya nasi disini, tiada kuah...yang ada sambal.

Nyum-nyum sedap..tapi berbeza sikit dengan masakan malaysia
Jalan sekitar kawasan penginapan kami

 Sempat membeli sabun yang berharga lebih kurang RM 0.60

Jika ada yang bertanya, dimana tukaran paling murah memang sukar untuk dijawab. Tapi saya memilih untuk menukar wang di Malaysia kerana ianya lebih tinggi nilai berbanding di Indonesia. Berdasarkan komen2 di blog-blog. Sewaktu saya menukar wang di Tesco extra Cheras (Taman midah) , rate ketika itu sekita Rm339 untuk 1 juta rupiah.  Jumlah yang saya tukarkan di malaysia sekitar RM 1+++. Berjumlah sekitar 3 juta rupiah lebih.

Namun begitu kami telah bahagikan duit ini untuk di pegang setiap orang sebanyak sekitar 200 ribu rupiah iaitu sekitar Rm 70. Selebihnya saya simpan untuk bahagian makanan sepanjang 5 hari kami di sana. Kebimbangan untuk pegang banyak wang menyebabkan kami menyimpan wang selebihnya ke dalam akaun Atirah iaitu CIMB NIAGA (cawangan Indonesia).

Lebih selamat sekiranya wang yang dipegang tidak terlalu banyak.

Antara tukaran wang rupiah yang sempat ditukar

 Antara plan yang kami aturkan untuk 6 orang sepanjang di jakarta

 Kami bajet dalam RM50 atau sekitar 160 ribu sehari untuk makan sehari untuk 6 orang. Jumlah untuk makan kami sekitar 960 ribu sepanjang disana untuk 5 hari.

Tetapi yang baru tiba sebenarnya 2 orang. Saya dan ibu mertua. Kami masih menantikan ketibaan adik ipar lelaki sulung , Alang dan ayah mertua serta isteri tercinta. Nantikan coretan seterusnya berkaitan gambaran sebenar kota jakarta.

Bersambung....

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *