Lebuh Raya Rakyat Kelantan/ Lebuh Raya Tok Guru


Salam bahagia,

 Sudah hampir 7 tahun saya menjadi penghuni kota metropolitan KL. Sepanjang itulah juga perjalanan ke Kelantan akan mengambil masa hampir 8 jam dan jika musim cuti persekolahan atau perayaan perjalanan mungkin bertambah kepada 10-13 jam. Memang cukup memenatkan.

Alhamdulillah dengan inisiatif kerajaan negeri kelantan baru-baru ini maka terlancarlah sudah Lebuh Raya Rakyat Kelantan atau saya berikan nama sendiri Lebuh Raya Tok Guru.Lebuh raya pertama TIDAK BERTOL!



Kempen memenuhkan tabung untuk lebuh raya ini wajar diperhebatkan. Mari kita menyumbang baik yang berasal dari kelantan mahupun yang luar dari kelantan. Jadikan ianya sebagai amal anda untuk bekalan ke akhirat nanti. Wakaf yang pasti memberi manafaat suatu masa nanti.

Jika hendak harapkan pemimpin atau pak menteri `ore kelate` yang berada nun jauh di KL entah bila lah nak dapat. Lebuh raya kelantan ini memang nak dijadikan `buah tangan` mereka jika Kelantan berjaya ditawan kot.

Mari kita bermula dengan RM10 untuk bulan ini. Saya optimis rancangan ini akan berjaya jika tiada `tangan-tangan` kotor yang membuat onar menyekat kemudahan RAKYAT kelantan ini.

Ikuti maklumat lanjut dibawah.

PEMAJU:  Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd
No Akaun: 03036010003031- Bank Islam



Sepanjang majlis perasmian:






Orang KECIL melihat yang kecil itu besar, tapi orang BESAR melihat yang besar itu kecil


Pada hari perasmian pecah tanah pakej 1 (machang -k.krai) 28 Mei 2012.

- Cek bernilai RM1,355, 000.00

- Tunai RM14,777.40

Kutipan pada Dialog Anak Kelantan Di Perantauan 2 Jun 2012

- RM3,577.30

Jika ada angka2 lain yang,kutipan individu atau berkumpulan. dipersilakan kongsi di laman facebook Aktivis R - Lebuh Raya Rakyat Kelantan

Sumbangan Derma Wakaf Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai boleh disalurkan ke:

No Akaun : 0303 6010 0030 31
Bank : Bank Islam (BIMB)
Nama : Rowstead Systems SDN BHD yang akan dikenali sebagai Baldah Toyyibah(Prasarana) Kelantan SDN BHD, anak syarikat milik penuh PMBK.
sumber dipetik dari: http://www.husammusa.com/v10/



PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *