Panduan Ramdhan


Salam bahagia , salam Ramadhan kareem,

Alhamdulillah dalam kesempatan ini mari kita berkongsi sedikit tentang Ramadhan kareem yang pada hari ini merupakan hari pertama kita semua.

KENAPA PUASA?

1. Puasa ramadhan merupakan kewajipan yang telah dinyatakan Allah dalam surah Al baqarah: 183.

Maksud firman Allah: " Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatasmu berpuasa sebagaimana umat terdahulu sebelum kamu semoga kamu bertakwa".

2. Rukun Islam ke 5 adalah puasa.

Maksud hadis Nabi Muhammad S.A.W:

" Diasaskan Islam atas lima dasar,iaitu mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad S.A.W utusan Allah,mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan berpuasa dibulan ramadhan".


IJMAK:

Umat Islam telah ijmak (bersepakat) atau sekata atas kewajipan puasa Ramadhan lantaran ia merupakan salah satu dari rukun Islam dan telah termaklum kewajipannya dalam agama Islam.

Mengingkari kefarduan/ kewajipannya adalah KAFIR dan terkeluar daripada Islam.

MEREKA YANG WAJIB BERPUASA (SYARAT WAJIB PUASA):

1. Islam-Puasa tidak wajib kepada bukan Islam.
2. Baligh-Tidak wajib kepada yang belum baligh atau cukup umur. Namun digalakkan untuk kanak-kanak sebagai latihan.
3. Sihat- Orang yang sakit/ uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya puasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah.
4. Bermukim- Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada(menggantikan) puasa selepas Ramadhan.
5. Suci- Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.

TINGKATAN PUASA:

Imam Al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkatan:

1. Puasa Umum : 

-Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan berjimak.

2. Puasa Khusus:

-Puasa yang dapat memelihara mata, telinga,lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain daripada menahan diri daripada perkara-perkara dalam puasa Umum.

3. Puasa Khusus al-khusus:

-Merangkumi puasa umum dan puasa khusus. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA:

1. Menyegerakan berbuka puasa.

2. Berbuka puasa dengan buah Tamar atau juadah manis yang lain.

3. Membaca doa sekurang-kurangnya:

" Allahumma laka sumtu wabika amantu wa`ala rizkika aftortu"

-Ya Allah bagi Engkaulah amalan puasaku ini, kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka.

4. Melambatkan bersahur kerana padanya ada berkat.

5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan.

6. Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik.

7. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manafaat.

8. Mandi junub lebih awal sebelum masukknya waktu subuh.

MAKRUH KETIKA PUASA:


Perkara-perkara makruh dilakukan ketika berpuasa ialah bersuntik,berbekam, berkumur-kumur, memasukkan air kedalam rongga hidung secara berlebihan, mandi yang berlebihan begitu juga merasa makanan dihujung lidah.


Rujukan:





Indahnya hidup bersyariat- Dato` Ismail Kamus
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *