Derma pembinaan masjid mukim beris bechah semak

Salam Ramadhan kareem,

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya pada esok hari. Hari-hari terakhir ini sangat wajar untuk kita bersama-sama menambahkan lagi amal ibadat.

Amat rugi mereka yang berlalunya Ramadhan tetapi dia tidak mendapat pengampunan dari Allah. Semoga kita diampunkan Allah dari segala dosa-dosa yang telah lepas. Amin.

Alhamdulillah, raya kali ini diizinkan Allah untuk menyambutnya di Kampung tanah tumpah ku, kampung bechah semak. Sebuah kampung yang jaraknya lebih kurang setengah jam dari Pasir Mas dan juga setengah jam dari KB.

Mengambil kesempatan alam maya ini, saya ingin memohon jasa baik tuan-tuan dan saudara/ saudari sekalian untuk memohon sedikit sumbangan untuk pembinaan masjid baru mukim beris bechah semak. Lokasi baru lebih strategik dan diharap ianya dapat memberi manafaat kepada seluruh penduduk setempat. Kos pembinaannya mungkin mencecah 1.5 juta ringgit.

Juga lokasinya sekitar 100 meter dari rumah saya. Alhamdulilah lebih dekat. Dibawah saya sertakan maklumat lanjut berkenaan masjid bechah semak ini.


Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan perkuburan islam kg bechah semak


Tapak baru masjid mukim beris bechah semak


Papan tanda kawasan masjid baru yang akan didirikan.


Untuk maklumat lanjut berkaitan masjid mukim beris bechah semak, saudara/saudari boleh layari blog masjid di : http://masjidbechahsemak.blogspot.com .

Boleh terus menyalurkan sumbangan ke akaun BANK ISLAM :

Nama: jawatankuasa pembinaan masjid mukim beris bechah semak
No.Akaun BIMB: 03-027-01-004691-3

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi :
0129641384 (Pengerusi : Ustaz Zahrin bin Saleh)
0199827967 (Setiausaha : En. Mohd Ali bin Mat Isa)
0139406700 (Bendahari : Hj. Safi'n bin Ismail)


Sabda Nabi Muhammad SAW: 
Apabila mati anak adam, akan terputuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah atau ilmu yang bermanafaat atau anak soleh yang mendoakan.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *