Tips guru/ibubapa cemerlang 1


Salam bahagia,

Diri ini bukanlah berjawatan guru bukan juga seorang bapa (insyaallah suatu hari nanti) tapi ingin sekadar berkongsi hasil pembacaan. Bukan guru juga boleh menjadi pendidik berjaya. Tiada yang menghalang ..bak kata pepatah " Nak seribu daya, tak nak seribu dalih".

Mari kita selongkarkan bagaimana menjadi guru/ pendidik/ murabbi malah ibu bapa sekali pun yang berjaya. Ianya bermula dengan langkah pertama niat.

1. Niat

-"Setiap perbuatan itu disertai dengan niat..". Itulah antara sebahagian hadis Nabi SAW. Makakita tidak boleh lari dari menanamkan sekukuhnya bahawa tujuan menjadi pendidik bukan untuk meraih ganjaran dunai semata-mata. Niatkan untuk berkongsi dan mengembangkan kefahaman agama Allah kepada anak-anak bahkan juga kepada masyarakat keseluruhannya.



2. Tenang dan tidak terburu-buru

-Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Abbas R.A , Rasulullah SAW bersabda kepada Asyaj bin Abdil Qais yang bermaksud : " Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai Allah: Tenang dan tidak terburu-buru".

Begitulah perkara dicintai Allah antaranya tenang dan tidak terburu-buru. Tenang dengan erti tidak cemas atau kalut dengan sebarang situasi dan suasana mendidik serta tidak terburu-buru dalam setiap keputusan. Jangan cepat mengambil langkah drastik jika kita sendiri tidak mendengar dari kedua-dua belah pihak yang saling bercakaran.

Bertenang dulu kemudian gunakan akal secara waras untuk pertimbangkan keputusan yang terbaik sewaktu berlakunya proses pendidikan.

3. Lembut dan tidak kasar

-Diriwayatkan oleh Muslim dari Aisyah radiaallahu anhu: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :          " sesungguhnya Allah Maha Lembut dan menyukai kelembutan. Dia memberi atas kelembutan apa yang tidak Dia beri atas kekasaran dan lainya".

Diriwayatkan dari Muslim dari Jarir bin Abdillah radiallahu anhu , dia berkata, Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda " Barangsiapa yang tidak dikurniakan kelembutan bererti dia tidak dikurniakan seluruh kebaikan".


4. Hati yang penyayang

-Dari Abu Umamah radialllahu anhu dia berkata: Nabi SAW melihat seorang wanita dengan dua orang anak perempuannya. Salah seorang dari keduanya sedang hamil dan dia mengganding saudarinya. Rasulullah SAW bersabda " Para ibu yang sedang hamil dan sangat penyayang. Kalau bukan kerana apa yang mereka lakukan kepada suami-suami mereka, pasti orang-orang yang solat diantara mereka masuk syurga".

Itulah betapa penyayangnya seorang ibu pada anaknya, itulah juga sepatutnya ada pada pendidik pada anak muridnya.

5. Memilih yang termudah selama bukan termasuk dosa

- Dari Aisyah radiallahu anhu ,dia berkata: " Tidaklah Rasulullah SAW menentukan pilihan antara dua perkara melainkan beliau memilih yang termudah diantara keduanya selama bukan termasuk dosa. Apabila termasuk dosa, maka beliau menjadi orang yang paling menjauhinya. Tidaklah Rasulullah SAW marah untuk dirinya sendiri dalam masalah apa pun kecuali syariat Allah dilanggar, maka beliau akan marah kerana Allah subhanahu wa taala".- Muttafaqun alaih.

Pemilihan cara yang paling mudah memang disukai oleh anak-anak mahupun pelajar. Jika kita sebagai orang yang diberi pilihan sekalipun, semestinya kita akan membuat pilihan yang paling mudah untuk dilaksanakan. Betulkan? Inikan pula anak-anak kerana kita juga seperti mereka dahulu.

-Ikuti bahagian 2 nanti.

Rujukan: Prophetic Parenting : Cara Nabi SAW Mendidik Anak
              Oleh Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *