Asingkan lelaki dan wanita?


Harap semua dalam keadaan sejahtera dalam naungan kekuasaan Allah.

Ingat lagi saya sewaktu belajar di UM dahulu. Sewaktu menghadiri satu majlis sambutan Maal hijrah kalau tak silap dan majlis itu dihadiri oleh orang yang paling berjawatan tinggi di UM. Dengan kata lain orang NO 1.

Antara intisari ucapan perasmian beliau yang sangat memberi kesan dan kontroversi adalah beliau memberi pandangan bahawa lelaki dan perempuan tidak seharusnya diasingkan tempat duduk merujuk kepada majlis tersebut yang sememangnya tempat duduk lelaki dan perempuan diasingkan.



Terkejut juga bila beliau nyatakan sedemikian dan dengan selambanya memberi contoh perbuatan haji yang bercampur lelaki dan perempuan. Kami sewaktu itu terkedu. Mungkin beliau belajar dari pengalaman hidup di luar negara kot. Itu pandangan kami sewaktu itu...


Cuba teliti ayat 30 surah Annur yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Difahami oleh kita bahawa pengasingan adalah satu cara dari pelbagai cara untuk mencapai 2 suruhan Allah dalam ayat diatas. Lihatlah ayat Allah ini memberi ingat bahawa 2 perkara yang wajib dilakukan oleh mukmin lelaki iaitu TUNDUKKAN PANDANGAN dan PELIHARA KEMALUAN.

Salah satu caranya adalah mengasingkan tempat duduk. Walaupun pelbagai dakwaan yang akan diberikan tentang kebaikannya, pada saya buruknya masih mengatasi kebaikannya.

Buktinya? 

Setelah berlalu bertahun-tahun, barulah manusia mula nampak peri penting pengasingan tempat antara lelaki dan wanita. Rentetan dari pelbagai peristiwa yang menimpa golongan wanita, maka wujudlah KOC untuk wanita. Tak kurang juga pusat beli belah terkenal negara KLCC juga mewujudkan ruang parking untuk WANITA sahaja.

Tindakan ini menempelak golongan yang mengatakan bercampur aduk itu baik. Tindakan mewujudkan ruangan khas seumpuma ini membuktikan bahawa wujudnya perkara negatif jika pengasingan tidak dilakukan dan hakikatnya wanita lebih suka jika mereka dapat berhimpun di satu kawasan atau tempat duduk yang sama jantina. Mungkin nanti ada wanita nak komen boleh bagi pandangan anda tentang topik ini.

Sebagai kesimpulannya, Islam sangatlah memuliakan wanita sehingga rupa paras yang menawan hanya layak untuk dilihat oleh Suami dan orang-orang tertentu sahaja.

Ingatan: Saya tidak berpendapat semua perkara perlu diasingkan. Pada pandangan saya beberapa perkara wajar diasingkan tempat lelaki dan perempuan seperti tempat duduk dalam majlis, ruangan menunggu dan lain-lain.

Ruang parking di KLCC untuk wanita

Coach wanita dalam komuter


Contoh pengasingan di Kelantan


Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *