Hikmah Susu Ibu




Al-Quran ada merakamkan kisah Luqman yang berpesan kepada anaknya  dalam surah ke 31 ayat ke 14 yang bermaksud, “Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang  tuamu.  Hanya kepada Aku kembalimu.”

Selain itu, ayat berkaitan susu ibu ini juga ada disebut di dalam mukjizat Nabi Muhammad s.a.w  dalam surah Al-Ahqaf ayat 15 yang bermaksud, “Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya yang telah mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Masa mengandung sampai meyusukannya selama 30 bulan, sehingga apabila anak itu telah dewasa dan umurnya mencapai 40 tahun, dia berdoa, Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai; dan berilah aku kebaikan yang mengalir sehingga sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim


Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu. Betapa uniknya ciptaan Allah. Susu ibu yang mengandungi segala keperluan bayi sehingga enam bulan pertama tanpa makanan dan minuman tambahan. susu ibu membekalkan air, tenaga, protein, mineral dan vitamins. Susu ibu juga bebas dari organisma penybab penyakit atau lebih dikenali sebagai ‘pathogen’ serta suhu susu ibu juga pada suhu yang amat ideal sesuai untuk bayi. 

Selain daripada itu, susu ibu turut memiliki keistimewaan yang amat menarik kerana ia mengandungi ‘immune factors’ yang dapat mengelakkan bayi daripada jangkitan. Manusia normal menghasilkan immunoglobulin atau antibodi sebagai perlindungan daripada jangkitan pathogen. Terdapat sejenis antibodi iaitu antibody A (alpha) boleh didapati didalam susu ibu. Kehadiran antibodi A dalam susu ibu amat penting bagi bayi kerana sistem immune bayi masih belum bersedia untuk menghasilkan antibodinya sendiri. Oleh itu, bayi perlu mendapat bekalan antibodi daripada ibu secara semula jadi.

Lebih menakjubkan, ciptaan Allah yang maha mengetahui ini turut mengandungi ‘ bifidus factor’ yang dapat menghalang jangkitan pada usus bayi dan menggalakkan pertumbuhan norma flora yang baik untuk usus. Fenomena ini jua penting untuk mengelakkan usus si comel daripada mengalami UTI (urinary tract infection).

Jika suami bertanggungjawab untuk memberi nafkah dan si ibu bertanggungjawab untuk menyusui anak-anaknya atau mengupah ibu susuan. Sirah nabi kita turut menunjukkan bahawa nabi Muhammad membesar dengan meminum susu ibu susuannya, Haliman as-Sa’diah. Adakah kita lebih baik atau MODEN dari Nabi? Berbanggakah kita dengan susu formula? Jadi sama-samalah patuhilah syariat Ilahi ini kerana Allah ada berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud, “ Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.” Happy Breasfeeding!

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *