Ramadhan tiba lagi


 Alhamdulillah, ramadhan kali ini tiba lagi. Tapi perlu diingat, belum tentu kita dapat habiskan ia tahun ini. Oleh itu beringatlah dan berdoalah semoga ramadhan kali ini lebih bagus dan bermakna dari tahun sebelum ini.

Mari kita bertanya pada diri masing-masing untuk koreksi bersama…

1. Bilakah kali terakhir kita solat malam?
2. Bilakah kali terakhir kita membaca al-quran?
3. Ingat kembali apakah keburukan yng telah kita lakukan pada hari ini?
4. Berapa banyak jasa atau pertolongan yang anda dapat dari rakan-rakan sepanjang hari ini?
5. Berapa kali kita mengucap ALHAMDULILLAH kerana masih hidup hari ini?

Soalan ini tidaklah perlu dijawab secara bertulis. Cukuplah sekadar renungan buat diri yang lemah ini untuk sama-sama berusaha dengan lebih gigih lagi untuk ramadhan kali ini.

Sebagai ingatan bersama, mari kita ulangkaji sedikit tentang beberapa perkara penting berkaitan bulan puasa yang bakal kita hadapi.

SYARAT WAJIB PUASA:

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim-Orang musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib menqada (ganti) puasa selepas bulan Ramadhan.
6. Suci –Suci dari haid dan nifas bagi wanita

*Orang yang sakit/uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan fidyah.


SYARAT SAH PUASA

1.Islam
2.Berakal dan mumaiyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak).
3. Suci dari haid dan nifas
4. Apabila nyata masuknya bulan Ramadhan


PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA:

1. Makan atau minum dengan sengaja walaupun sedikit (Jika terlupa tidak batalkan puasa tapi wajib berhenti makan/minum sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa).
2. Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga terbuka.
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar Haid dan Nifas
5. Gila
6. Murtad(keluar dari Islam)
7. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
8.Bersetubuh di siang hari Ramadhan.

PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA:

1. Menyegerakan berbuka selepas masuk waktu.
2. Berbuka dengan buah tamar atau juadah manis yang lain
3. Membaca doa sekurang-kurangnnya: 
Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa`ala rizkika aftortu” = Ya Allah, bagi Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka”
4. Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat.
5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebaikan lain.
6. Sentiasa bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
7. Menjauhi percakapan dan perbuatan yang sia-sia dan tidak membawa manfaat.
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuknya waktu subuh.

Inilah antara beberapa perkara yang menjadi asas kepada puasa yang perlu kita ketahui. Untuk lebih lanjut bolehlah merujuk kepada kitab-kitab atau buku-buku yang berkaitan puasa. Semoga anda dan saya mendapat manfaat.

Jom meriahkan Ramadhan kali ini dengan amal kebaikan !

Terima kasih.
Rujukan: Indahnya Hidup Bersyariat –Dato` Ismail Kamus (Keluaran Telaga Biru)


PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *