Rumah Rehat Petronas Batu Feringgi


Salam semua,

Alhamdulillah baru-baru ini ada kesempatan untuk melancong ke Pulau Pinang bersempena pula dengan majlis konvokesyen USM. Tahniah buat adik tersayang yang dah Grad.

Masa dok tengah merancang nak ke Pulau Pinang, rasa nak cuba la tinggal di rumah rehat Petronas. Nak cari kat google mula-mula tu susah sikit la memang susah sikit. Namun dengan Google maps ok sikit. Kalau nak mudah kena pakai googlemaps dan taip : Rumah Rehat Kakitangan Petronas Batu Feringgi.





Batu Feringgi kalau nak dikirakan dari Jambatan PP lebih kurang 25km. Macam dekat, tapi kalau di pulau memang 25km boleh makan masa lebih dari setengah jam. Kami bertolak dari USM hari Sabtu petang mengambil masa lebih dari 45min kerana kesesakan lalu lintas terutamanya sekeitar jalan menuju ke Georgetown.

Memang penat. Tapi bila sampai di rumah rehat memang terus nak tidur saja. Nak cari rumah rehat Petronas memang sikit mencabar. Tapi landmark paling jelas adalah, anda kena melepasi Hard Rock Hotel dulu. Kalau tanya orang tempatan semua tahu.


Ruang bilik tidur utama

Ruang bilik tidur kedua
Beberapa nota penting untuk semua:
  1. Rumah ini mengandungi 2 bilik tidur dengan satu tandas dan bilik mandi
  2. Office untuk check-in memang buka 24 jam sebab ada guard yang jaga
  3. Suasana OK
  4. Sesuai untuk mereka yang nak pi jalan-jalan kat sekitar Pulau.
  5. Untuk mandi kat pantai kurang sesuai sebab ada longkang kecil bersebelahan dengan rumah rehat. Airnya terus ke pantai.
  6. Kawasan beli-belah jauh sedikit dari rumah rehat.
  7. Stesyen minyak terdekat adalah stesyen minyak Petronas sekitar 2.2km dari Rumah Rehat.


Tempat untuk barbi-q

Posing waktu pagi

Kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak 


Kaunter Check-in dan check Out


Ruang Makan

Kesimpulannya, amat bertuahlah kita jika dapat meluangkan masa yang terhad di dunia ini untuk merasai kebesaran Allah melalui penciptaan Alam yang cukup indah ini. Untuk sebarang maklumat lanjut kena lah call terus ke office Rumah rehat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang apartment anda. Sekian.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *