Part 2: Halalkah Blackmores?

Salam bahagia semua,

Artikel tentang blackmores ini merupakan artikel paling tinggi viewnya dalam blog saya. Hampir setiap hari minimum 39 orang membaca artikel ini.

Disebabkan terdapat sedikit kekeliruan dalam artikel pertama dahulu maka saya terpanggil untuk menyambung lagi artikel ini pada part 2 pula.

Pada bahagian pertama dahulu, saya bertanyakan Blackmores Malaysia sendiri berkenaan status halal. Maka mereka dengan berbesar hati telah memberikan bukti-bukti kehalalan produk ini.

Namun begitu seorang pembaca blog saya telah mengatakan bahawa AFIC, badan yang mengesahkan sijil halal produk Blackmores telah di tarik balik status autoritinya oleh JAKIM ( http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/308-pembatalan-pengiktirafan-2-badan-islam-luar-negara). 

Bagi menyelesaikan kekusutan yang melanda, saya telah menghantar satu pertanyaan kepada Blackmores Australia mengenai permasalahan ini.



Dan dibawah adalah jawapan yang saya perolehi dari Pengurus Blackmores sendiri.


Dengan ini terungkai sudah permasalahan tadi dan Kate Fergusan sendiri telah memberikan link ini sebagai rujukan saya : http://www.blackmores.com.au/learning-centre/article/halal-products 

Anda boleh dapatkan lebih detail termasuklah dengan bukti-buktinya melalui email ke Blackmores Malaysia. Saya rasa mereka pasti gembira untuk membantu.

Sekian Wassalam.

Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *