Beli Rumah Kali Pertama


Salam semua pembaca,

Agak lama juga tidak mengemaskini ruang artikel Saintisislam.blogspot.com ini. Dalam kesempatan yang terbatas ini ingin saya kongsikan pengalaman membeli rumah pertama baru-baru ini. Sehingga artikel ini di nukilkan proses pembelian rumah saya sudah masuk ke fasa yang terakhir sebelum serahan kunci.

Perkara pertama yang saya kira anda perlu ada sebelum membeli rumah yang pertama ialah NIAT.

Niat dan matlamat amatlah penting. Apa tujuan beli rumah? Untuk pelaburan atau untuk tempat tinggal?

Ingat lagi saya pada akhir tahun 2012, saya telah mencatat pada diari kehidupan untuk matlamat yang mesti capai  2013 salah satunya adalah memiliki rumah sendiri. Saya hanya target rumah apartment disebabkan kemampuan yang masih terhad.

Jadi Pastikan anda juga sudah melakukannya atau akan melakukannya tahun hadapan!

Kedua: LOKASI, LOKASI & LOKASI

Aspek ini sangat penting, saya memilih lokasi yang kejiranan muslim, berdekatan masjid dan jarak dengan tempat kerja isteri. Walaupun letaknya lebih kurang 30 KM dari tempat kerja saya tapi lokasinya hanya 4 KM dari komuter Kajang.Kalau rasa nak naik komuter pun tak la jauh sangat nak ke stesyen. Saya pilih Kajang Utama.


Ketiga: JENIS RUMAH

Jenis rumah memainkan peranan juga. Kalau rumah Freehold lebih tinggi harganya berbanding Leasehold. Ini kerana Freehold adalah milikan kekal manakala Leasehold ada hadnya mungkin sekitar 99 tahun.

Keempat: TENGOK POKET

Tengok bajet anda juga kalau nak beli rumah ini. Kalau ada bajet besar, dapatkan yang elok terus. Tapi bagi kes saya, saya memilih untuk memiliki rumah apartment kos sederhana sekitar harga RM 130-150K. Kalau ada bajet nanti, boleh la tukar ke yang lebih besar dan yang sedia ada boleh disewakan.

Antara perbelanjaan yang anda kena fikirkan bukan sahaja 10 % deposit, bahkan juga duit Lawyer untuk urusan jual beli rumah. Yuran Lawyer dikenakan sebanyak 2 kali sepanjang proses jual beli ni dan kosnya lebih kurang 2-4%. Dalam kes saya, yuran guaman keseluruhan hanyalah 3 % sahaja. Alhamdulillah murah juga la.

Kelima: AGEN

Kalau kita beli guna agen, kena selidik juga la pasal agen. Sebab agen juga perlu ada kredibiliti kalau tak takut jumpa yang jenis dapat duit hilangkan diri. Macam mane nak check? Google jer nama agen tu. Kalau mereka ada berdaftar dengan mana-mana agensi cuba selidiki agensi itu. Kalau tak check nanti sebarang masalah Kita pula terkial-kial keseorangan.

Keenam: Pembiayaan /Pinjaman Rumah

Kalau istilah Pinjaman secara islam kita namakan Pembiayaan. Orang Islam WAJIB gunakan perbankan Islam dan pembiayaan ISLAM. Usahlah dok dengar cakap orang yang skeptik dengan pembiayaan ISLAM ini. Kadang-kadang kita ni nak jimat RM 1000 tapi tak berkat 10 tahun. Mana kita nak? Keberkatan tu lebih UTAMA sebab ia adalah periuk nasi kita kat AKHIRAT nanti.

Secara keseluruhan memang kena ada ilmu juga sebelum beli rumah ini. Saya bersyukur sebab saya beli rumah TANPA MODAL langsung bahkan duit Lawyer pun tak payah bayar. Rasa juga nak kongsi bagaimana beli rumah `tanpa modal` ini. Nantikan artikel saya berikutnya.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *