Amalan 10 malam terakhir Ramadhan



Assalamualaikum.

Hari cepat berlalu. Masa berganti, setiap saat dilalui dengan begitu cepat. Ternyata Ramadhan kali ni memang mencabar terutamanya saudara-saudara kita di Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain yang mengalami musim panas luar biasa yang telah mengorbankan lebih dari 1000 orang.

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menikmati Ramadhan 1436H ni. Berapa banyak sudah amalan yang telah berjaya kita amalkan. Bukan kuantiti sebenarnya dicari tetapi kualiti. Banyak muka surat Al-Quran dibaca sekali pun, jika akhlaknya masih serupa, jika tadabbur Al-Quran juga tidak dibuat amatlah malang. Nasihat untuk diri sendiri juga. 

Memasuki 10 malam terakhir ini, sama-sama kita cari Malam Al-Qadar yang bersamaan 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun 3 bulan . Bayangkan setiap amalan ketika malam itu, bersamaan dengan 83 tahun amalan yang sama. Banyak tu. Mari kita motivasikan diri dengan Hadis sahih dibawah:

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Ja'far telah menceritakan kepada kami Abu Suhail dari bapanya dari 'Aisyah radliallahu 'anha bahwa
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam yang akhir dari Ramadhan".
-HR SAHIH BUKHARI 


Carilah pada malam ganjil. Malam ganjil pastinya malam 21,23,25,27, dan 29 Ramadhan. Apa nak buat malam itu. Macam2 boleh buat. Antaranya;

Bacalah Al-Quran

Dirikan malam dengan membaca Al-quran. Jika malas sangat, kuncilah jam, bila bangun, baca Al-Fatihah dan tidur semula. Itu paling simple untuk yang sangat TAK LARAT nak bangun. Daripada tak buat langsung

Solat Malam

Dirikanlah solat malam seperti solat Sunat Tahajud, solat Sunnat Hajat , Solat Sunnat Taubat dan Solat Sunnat Witir. Jika tidak mampu, cukuplah hanya dengan Solat sunnat Tahajud dan witir. Kalau nak senang bangun, bangun sebelum sahur...dalam 15 minit sebelum sahur. Jika anda bersahur jam 5.30 pagi. Bangunlah seawal 5-5.15 pagi. Apalah sangat 15 minit tu. Ada sesetengah manusia, 2-3 pagi sanggup berjaga untuk PASUKAN BOLA mereka!

Perempuan UZUR?

Pahala masih boleh diraih walaupun anda dalam keuzuran. Zikirlah selalu. Selawat. Tambahan ketika sediakan juadah bersahur untuk suami dan anak2. Jangan kedekut suara. Zikirlah dalam kesayuan subuh. Insyaallah semoga kita diganjarkan Allah sebanyak2nya dibulan Barakah ini.

Sedekah

Pernah tak anda bersedekah setiap hari? Sedekahlah walaupun RM1 setiap hari. Bantulah kawan2 dan saudara mara yang susah. Mereka mungkin segan nak meminta, tapi tak salah untuk kita yang mampu, BELANJAlah mereka. Berbuka-Bersahur. Jangan risau, harta kita yang kita BERIKAN itulah HARTA KITA sebenar. Yang disimpan dalam BANK akan jadi harta orang lain juga bila kita MATI.

Jika tak berduit? Senyum itu sedekah juga. Menolong orang juga sedekah. Bahkan membuang halangan ditengah jalan juga sedekah. 


Banyak lagi amalan yang boleh kita amalkan bersama. Yang terpenting IKHLAS. Buat lah beribu-ribu amal sekalipun, jika RIYA` yang dicari, kebanggaan yang mahu diraih, nescaya KITA rugi. Penat je bangun malam tapi KOSONG yang diperoleh. Amatlah beruntung mereka yang buat dikala semua orang TIDAK TAHU amalannya.

Jauhi RIYA`. Jangan ungkit. Beri dan BUAT kemudian lupakan AMALAN baik ANDA. Itu lebih baik dari ANDA buat dan merasa sudah cukup BANYAK AMALAN. 

Sekian, Peringatan untuk diri sendiri dan rakan2 netizen sekalian. Semoga keikhlasan sentiasa menjadi pakaian kehidupan kita. 

Selamat Beramal!
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *