6 perkara orang produktif buat sebelum tidur.


Assalamualaikum semua,

Dalam artikel lepas berkaitan dengan 9 beza orang sibuk dan orang produktif diharap anda semua sudah memahami akan perbezaan seorang yang sibuk dan orang yang produktif. Dalam episod ini mari kita lihat pula perkara yang dilakukan oleh orang yang PRODUKTIF sebelum tidur setiap hari!

6 PERKARA ORANG PRODUKTIF LAKUKAN SEBELUM TIDUR

1. MEREKA BERMUHASABAH DIRI

Orang produktif akan mengambil sedikit masa mereka sebelum tidur untuk bermuhasabah terhadap apa yang telah mereka lakukan. Bahkan ianya juga anjuran ISLAM. Bermuhasabah menjadikan kita sentiasa sedar akan setiap perbuatan harian kita. Orang yang berjaya akan menyoal diri sendiri, apakah kebaikan yang dia telah sumbangkan pada diri sendiri dan orang lain pada hari ini?

2. MEREKA TULIS APA YANG MEREKA FIKIRKAN

Menulis satu benda yang payah bagi sesetengah orang. Walaupun begitu, orang kata, kalau tak cuba tak tahu. Cuba lakukannya bermula MALAM ini. Sediakan buku kecil saiz poket atau kalau dulu orang panggil buku `3-5`. Tulis apa yang anda fikirkan dan apa saja. Ya apa saja. Melibatkan kewangan keluarga...cita-cita...teknik tambah duit dan sebagainya.

3. MEREKA MEMBACA SEBELUM TIDUR

Orang produktif memang banyak membaca terutamanya sebelum tidur. Jadikan amalan. Baca buku yang anda minat. 


4. MEREKA MENULIS SENARAI KEUTAMAAN UNTUK HARI ESOK

Part ini sangat penting. Orang Produktif memang tidak suka menghabiskan waktu yang ada secara sia-sia. Lalu apa mereka buat, catatkan apa yang akan dilakukan keesokan hari. Senarai memudahkan anda mengatur keutamaan kehidupan anda.


5. MEREKA MENGHABISKAN MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA

Sesibuk mana pun Orang Produktif masih tak dapat ditandingi oleh Orang Sibuk. Orang sibuk mungkin mendakwa sibuk dan terus pulang lewat walaupun kadang2 dakwaan sahaja. Namun mereka yang Produktif, masih mahukan keutamaan mereka kepada keluarga menjadi agenda. Jadi, mereka lebih suka menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga walaupun sekejap terutamanya diwaktu malam. Sebagai contoh, waktu makan malam bersama..atau juga waktu Solat Maghrib berjemaah bersama2 anak-anak dan isteri...atau ambil masa sekitar jam 9-10 malam ketika waktu santai bersama. Jauhkan gadjet. Tanya apa aktiviti anak2 di sekolah tadi..apa yang isteri/suami lakukan petang tadi dan lain2.


6. MEREKA BUAT KERJA SAMPAI SIAP

Sikap tak suka bertangguh menjadi amalan orang Produktif. Sikap menangguh kerja akan membuatkan kita menjadi pemalas. Kerja yang sepatutnya siap sehari mungkin menjadi seminggu jika ada sikap suka bertangguh. Nak jadi Produktif, BUAT kerja sampai siap. Baru boleh fikir untuk melakukan kerja lain. Fokus3. Siapkan kerja anda sebelum tidur..itu tanda anda Produktif!

Sekian

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *