Power Point: Lima langkah mudah edit gambar


Salam semua,

Sebut power point semua orang tahu tapi mungkin ramai tahu guna secara basic. Tapi sebenarnya power point ni boleh juga guna untuk edit yang simple-simple tapi nampak macam hebat.

Kalau dulu nak edit kena guna Photoshop la...leceh kan. Mari saya kongsikan bagaimana nak buang background gambar untuk slide presentation anda.

GAMBAR ASAL.



LANGKAH 1:

Sediakan gambar yang anda mahu editkan, saya pilih gambar kucing diatas dan saya akan tunjukkan bagaimana saya boleh buang background rumput hijau disekitar dua ekor kucing yang comel menggunakan power point.



LANGKAH 2:

PASTE kan gambar pada power point anda seperti gambar dibawah. 





LANGKAH 3:

Klik pada gambar yang ingin diedit dan anda akan melihat ruang FORMAT dan halakan mouse anda ke REMOVE BACKGROUND seperti dibawah.





LANGKAH 4:

Klik REMOVE BACKGROUND dan anda boleh lihat background hijau di sekeliling gambar kucing itu diwarnakan dengan warna PURPLE. Jika anda KLIK KEEP CHANGES maka seluruh kawasan hijau tadi akan dihilangkan.








LANGKAH 5:

Tapi jika anda mahukan sebahagian sahaja background di buang/remove boleh gunakan MARK AREA TO KEEP dan selepas itu alihkan mouse ke tempat yang anda mahu kekalkan.






Selepas itu bolehlah diletakkan dipenjuru slides yang anda kehendaki. Mudah bukan. Tak perlu bimbang lagi untuk edit gambar. Simple dengan power point.

p/s: power point yang saya gunakan adalah versi 2010.

Sekian.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *