Lokasi percutian tempatan popular 2015

Kalau bab cuti ni semua orang ligat. Nak hilangkan stres katakan. Terdekit juga hati ni nak tahu apa yang rakyat Malaysia suka cari terutamanya bab nak bercuti ni.

Tambahan pula, kita ni banyak cuti dalam setahun, so maka carian di Google semestinya menarik untuk di ketahui. Kalau anda gunakan Google Trends anda dapat ketahui apakah lokasi kegemaran untuk carian 2015 di Google.



No 1: Langkawi

Langkawi memang lokasi mengasyikkan. Tak dapat dinafikan lagi. Kalau sekali pi sana pasti nak pi lagi.




No. 2: Pulau Perhentian

Antara pulau idaman percutian saya. Tapi memandangkan ada anak kecil ni, bercuti di pulau ni perlu dielakkan lagi lah. Nak naikbot  ke sana agak agak susah kang ada yang mabuk tak sudah.



No 3. Port Dickson

Tempat ni dah semua sedia maklum. Tak payah cakap memang ramai menggemarinya terutamanya bagi yang tinggal di KL. Maklum sajalah, dekat je dari KL sekitar 45 minit-1 jam perjalanan. Kalau di Port Dickson saya memilih Teluk Kemang sebab pantainya lebih Happening dan tak membosankan.



No 4: Cameron Highlands

Lokasi seterusnya percutian ini bagi yang sukakan kawasan tanah tinggi. Cukup mendamaikan.



No 5: Pulau Rawa

Kali pertama saya ketahui tentang pulau ini. Ramai tak tahu pulau ini hanya 16 km dari Mersing. Memang cantik. Dikatakan pulau ini di punyai oleh Sultan Johor. Wallahu a`lam. Nak pi sana boleh guna pakej.

Resort A: Rawa Island Resort 
Telephone: +607 799 1204 / +607 799 1205
Email: rawaisland@live.com


Resort B: Alang's Rawa 
Telephone: +6077970019 / 0127155547
Email: alangsrawa@gmail.com

Kene lah hubungi sendiri. Nak cepat, google dulu.

Sumber gambar
No 6: Genting Highlands

Tempat ini walaupun bahagian luarnya sedang di renovate...ramai juga yang memilih untuk berkunjung ke sana.


No 7: Gold Coast Morib

Pantai morib yang cantik dihiasi dengan pusat pelancongan yang tak kuranng hebatnya.


No 8: Pulau Pangkor

Pulaunya kecil tapi not bad la kalau nak p hilangkan stres. Cume sedikit crowded la.


No 9: Pulau Redang

Pulau cun untuk pi jalan2. 


No 10: Bukit Tinggi, Pahang

Tempat ambil gambar2 yang cun-cun. Colmarnya memang direka bentuk dengan ciri-ciri Iggeris sejati.


Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *