Baby car seat untuk sewaan secara PERCUMA sempena Hari Raya 2016



Baby Car seat sememangnya penting untuk kita selaku ibu bapa terutamanya jika perjalanan menggunakan kenderaan. Banyak kemalangan maut adalah disebabkan tidak memakai tali pinggang keledar dan lebih malang anak-anak yang tidak memakai apa-apa perlindungan lebih terdedah.

Atas inisiatif sendiri, Paultan.org, sebuah website kereta dan Mercedes Benz Malaysia memperkenalkan skim sewaan BABY CAR SEAT secara PERCUMA sahaj.

Pihak Paultan telah membeli 185 car seat yang mematuhi piawaian ECE R44 (35 tanpa Isofix dan 100 kerusi Isofix tajaan Mercedes-Benz Malaysia) dan mereka menawarkan kepada 185 keluarga di Malaysia ini untuk meminjam secara PERCUMA kerusi khas kanak-kanak ini bagi digunakan sepanjang Hari Raya ini.


Terdapat empat jenis tempat duduk kanak-kanak ditawarkan untuk tahun ini. Pertama, tempat duduk kanak-kanak Koopers Jive, di mana ia boleh untuk kedudukan menghadap di belakang (0-13 kg) atau -ke hadapan (9-18 kg). Ia boleh dipasang dengan menggunakan Isofix dan tali pinggang keledar, dengan alat bantuan sokongan bagi mengehadkan pergerakannya kerusi ini.

Jenis kedua pula ialah Koopers Mambo, kerusi khas kanak-kanak jenis-Isofix, yang boleh digunakan untuk arah hadapan-belakang (0-10kg) atau arah-hadapan (10-18 kg). Ia turut didatangkan dengan alat bantuan penyokong untuk mengehadkan pergerakan kerusi terbabit.
Bagi yang tak bercadang nak beli lagi, nak cuba sewa dulu apa tunggu lagi..sewaan secara PERCUMA ini boleh daftarkan diri anda di:

Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *