Tips ke Big Bad Wolf..Jualan Buku Terbesar Malaysia


Salam semua, ada yang tengah tercari-cari pengisian cuti sekolah. Jom ke jualan buku terbesar di Malaysia.

Ada lebih 4 juta buah buku untuk di beli. Dalam keghairahan nak beli buku..ada perkara2 yang kena anda ambil perhatian. Mari kita lihat beberapa perkara untuk andaabil perhatian sebelum ke Big Bad Wolf 2016/2017.

Info Ringkas BIG BAD WOLF 2016


Kemudahan yang disediakan:




TIP KE BIG BAD WOLF 2016/2017

1. Tetapkan kategori buku yang ingin dibeli

Jika anda memang yang menjaga masa. Tetapkan siap2 buku kategori apa yang anda ingin beli. Tulis dan fokus. Anda pasti jimat masa.


2. Bajet yang sesuai

Tak dinafikan, harga buku memang sangat2 murah. Mana taknya, ada buku bernilai RM60 tapi dijual dengan harga RM12. Tapi jangan terpedaya dengan keinginan beli yang tinggi. Beli hingga sebakul penuh, sekali buka dompet ...x cukup duit.

3. Guna Kredit Kad Untuk jimat masa

Semua yang pernah ke BBW pasti tahu, bila selesai je ambil buku, ke kaunter bayaran..perghhh.. punyer la panjang beratur. Memang mencabar nak menunggu giliran. Sepanjang pengamatan saya kaunter disediakan memang banyak dalam 10-15 kaunter. Tapi orang tetap ramai. Nak cepat ambillah kaunter kad kredit/debit. Lagi cepat.

Kaunter pembayaran yang banyak namun masih juga ramai orang


4. Pergi Bukan Waktu Puncak

Bagi yang tak nak sesak2 dengan anak kecil..saya cadangkan bawa anak2 pada waktu yang bukan puncak. Contoh sebelah malam..sekitar jam 10 malam. Maklumlah BBW ni 24 jam dibuka.. Sepanjang saya ke sana, waktu itu memang tak seramai siang hari. Ada lah ruang untuk bersantai2.

Waktu saya pergi ni jam 11 malam

5. Bawa air dan makanan secukupnya

Di BBW 2016/2017 memang disediakan cafe. Tapi harganya mungkin sedikit mahal. Kalau nak jimat bawa air dan makanan secukupnya. Boleh bawa air untuk minum. Memang memenatkan. Sy sendiri menghabiskan 3 jam. Itu pun banyak lagi bahagian yang tak pergi.

Rehat sebentar...muka dah ngantuk


6. Pergi ke semua Kategori Buku

Kalau anda tiada buku yang diingini tapi nak ke sana untuk melihat buku2 yang 'mungkin' diminati..pergilah ke semua kategori buku. Barulah tidak rugi. Tapi penat sikit lah. Namun berbaloi.

Kategori pilihan saya


7. Bawa beg sendiri

Untuk yang suka borong, bawalah beg besar. Bukan apa. Senang nanti untuk bawa buku2 itu.

Promosi

Bahagian luar dewan

Pintu masuk ketika jam 1 pagi .,,jom balik


Semoga bermanafaat untuk semua.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *