Bagaimana pasangan ini langsaikan hutang rumah dalam masa 2 tahun

Rumah adalah aset yang positif. Nilainya akan sentiasa bertambah berdasarkan beberapa faktor penting antaranya lokasi dan akses ke kawasan tersebut. Ramai inginkan rumah tapi tak ramai yang mampu. Bila mampu, terpaksa pula mengatur kewangan. Tersilap langkah... surat amaran bank pun sampai.

Mari kita hayati kisah pasangan ini yang berjaya melangsaikan hutan rumah mereka bernilai RM202,000 dalam tempoh 2 tahun. Betul ! 2 tahun.

========================================

Tahun 2014 adalah kenangan manis buat saya dan pasangan kerana kami berjaya melangsaikan 2 hutang besar dalam tahun yang sama. Pertama ialah hutang kereta pada bulan Mei. Kedua ialah hutang rumah pada bulan Disember.
Hutang kereta berbaki RM32,000 berjaya dilangsaikan setelah 5 tahun 7 bulan. Saya buat hutang ini sejak September 2008. Zaman ketika saya masih naif lagi akan perihal mengurus kewangan. Ia adalah kesilapan saya yang pertama.
Hutang rumah pula berbaki RM202,000 berjaya dilangsaikan dalam masa 2 tahun pada Disember 2014. Kami tandatangani S&P pada tahun 2010 dengan jumlah hutang asal ialah RM205,000. Kami mula membuat pembayaran ansuran sebanyak RM1000 bermula awal 2012 selepas terima kunci.
Nilai hartanah semasa dibeli ialah RM228,500. Nilai hartanah pada tahun 2016 ialah RM420,000. Kami sewakan hartanah tersebut dengan kadar RM1500 sebulan.
Bagaimana kami lakukan perkara ini?

#1 – Guna alat kewangan yang betul-betul anda mahir

Kami guna 3 alat kewangan utk memenuhi iaitu simpanan dalam Tabung Haji, keuntungan dari pelaburan saham & simpanan dalam akaun 2 KWSP.

#2 – Simpan dahulu separuh, baru belanja separuh lagi

Setiap kali terima gaji, kami terus asingkan 55% masuk ke dalam akaun simpan Tabung Haji.  Kami hanya guna 45% dari gaji untuk buat belanja makan & minum, bayar hutang-hutang (rumah & kereta), bayar bil utiliti, beri elaun ibubapa & belanja kos perubatan.

#3 – Simpan dalam 1 tabung, hasilnya lebih dengan kerja berpasukan

Apabila kita sudah berumahtangga, tiada istilah aku dan engkau, yang ada hanya istilah kita. Maka kami simpan 55% dari gaji ke dalam 1 akaun Tabung Haji sahaja.
Tujuannya ialah supaya tidak berlaku kebocoran dan juga untuk memaksimumkan dividen yang diperolehi dari hasil simpanan tersebut. Ia juga memudahkan kami untuk pantau dividen yang diterima dengan hanya merujuk pada 1 akaun tunggal sahaja.

#4 – Simpan dalam bentuk aset saham dengan harga diskaun

Kami juga simpan duit lebihan dari dividen Tabung Haji serta bonus dalam bentuk aset saham. Hasil dividen dan bonus kami beli 4 kaunter patuh shariah di bawah nilai. Kami giat membeli kaunter-kaunter ini beberapa bulan sebelum PRU-13.
Pada ketika itu, ramai orang panik dan membuat andaian akan berlaku pertukaran kerajaan yang memerintah. 4 kaunter tersebut telah kami buat analisa setahun sebelumnya. Situasi dan sentimen pasaran ketika itu memberi peluang untuk kami beli unit-unit saham dengan harga diskaun dari nilainya.
4 kaunter yang kami beli ialah syarikat yang mudah difahami jenis bisnesnya. Syarikat-syarikat menjual alat tulis, makanan, alat perkakas rumah & pakaian. Untuk membeli 4-4 kaunter ini dibawah nilainya, kami keluarkan modal tunai & masa untuk asah kemahiran dari 3 orang guru saham.

#5 – Tuai hasil simpanan dalam Akaun 2 KWSP

Kami sama-sama keluarkan simpanan dlm Akaun 2 KWSP.  Hartanah tersebut di bawah nama isteri saya. Kami mengambil peluang yang dibenarkan bagi menyelesaikan baki pinjaman perumahan serta skim membantu pasangan untuk tujuan tersebut.
Inilah cara kami.
Share on Google Plus

About Zul k

Menulis adalah satu hobi. Permulaan untuk mengasah bakat agar memberi manafaat bagi yang memerlukan. Jangan segan untuk berkongsi. Semoga setiap perkongsian ini memberi manafaat untuk anda.

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik

Ada cadangan atau pertanyaan? Hubungi saya:

Nama

E-mel *

Mesej *