Selasa, 20 April 2021

BORANG RENTAS NEGERI /BORANG RENTAS DAERAH/ BORANG PKPB / BORANG PKP




Salam semua,

Memandang saya terkadang menghadapi masalah juga bila nak isi borang rentas negeri atau borang Perintah kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) maka letak disini borang untuk anda semua download.

Perlu diingat, dalam musim-musim covid-19 memuncak, harap kita semua sentiasa menjaga SOP dalam perjalanan. Jika tiada keperluan, elakkan rentas negeri kecuali kecemasan. Mari kita jaga SOP untuk kebaikan semua pihak.


Boleh dalam bentuk words mahupun PDF. 


BORANG PKP

Borang PKP (Words) :  Klik Borang PKP WORD

Borang PKP (PDF) :  Klik Borang PKP PDF



BORANG PKPB

Borang PKPB (WORD) : Klik Borang PKPB WORD

Borang PKPB (PDF) : Klik Borang PKPB PDF


Sekian, semoga bermanafaat.


#covid-19
#borangpkp
#borangpkpb
#borangrentasnegeri
#borangrentasdaerah
#perintahkawalanpergerakan
#suratpolis
#rentasnegeri
#borangrentas
#kebenaranrentasnegeri

Selasa, 19 Januari 2021

Rakyat Malaysia Antara Tertinggi Di Dunia Carian Pornografi di Internet

 


Oleh: Mahaizura Abd Malik (Harian Metro)


Kuala Lumpur: Dianggarkan tiga hingga empat daripada setiap 10 rakyat Malaysia didapati melayari laman bahan lucah atau pornografi dalam tempoh seminggu.

Perangkaan berkenaan diperkukuhkan dengan data dikeluarkan laman pornografi terkenal dunia apabila mendedahkan trafik carian bahan lucah di internet oleh pengguna maya di negara ini meningkat kepada 84 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Data berkenaan menempatkan Malaysia di kedudukan empat negara teratas di dunia selepas Slovakia, Bulgaria dan Ireland serta pertama di Asia yang melakukan carian bahan atau video lucah.

Ketua Penyelidik Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, hasil kajian dilakukan bersama Prof Madya Dr Rahim Kamaluddin dan Anum Sofia Muhamad Fadzli terbukti menyokong pendedahan data trend melayari laman pornografi di negara ini.


Katanya, kajian mereka memfokuskan kesan pendedahan terhadap bahan lucah boleh mempengaruhi tingkah laku seks devien (menyimpang) atau luar tabii dalam kalangan pasangan berumah tangga.

"Dalam konteks ini, fantasi dan tingkah laku menyimpang ini merujuk kepada fantasi atau tingkah laku yang dianggap luar kebiasaan daripada norma masyarakat seperti menyakiti pasangan, rogol, hubungan seksual antara ahli keluarga, hubungan seksual dengan haiwan atau kanak-kanak, seks berkumpulan dan sebagainya.

"Hasilnya, responden yang kerap menggunakan bahan pornografi menunjukkan lebih banyak mengamalkan tingkah laku seksual yang menyimpang.

"Selain itu, jika kami bandingkan daripada laporan lain dan kajian kami, anggaran tiga hingga empat daripada setiap 10 orang di Malaysia ini melayari pornografi dalam seminggu," katanya kepada Harian Metro.

Memperincikan hasil kajian itu, beliau berkata, sebanyak 63 peratus daripada 176 responden mengaku melayari bahan lucah atau pornografi sekurang-kurangnya sekali seminggu.

"Responden terdiri daripada pasangan yang sudah berkahwin dan berusia 18 sehingga 60 tahun.

"Hasil kajian ini mendapati 35.2 peratus menggunakan (melayari laman) pornografi kurang daripada sekali seminggu, 14.7 peratus pula sekali hingga dua kali seminggu.

"Selain itu, 5.1 peratus menggunakan (menonton) pornografi tiga hingga empat kali seminggu dan 6.8 peratus menggunakan pornografi lebih daripada empat kali seminggu," katanya.

Menurutnya, responden lelaki lebih banyak melayari bahan pornografi berbanding wanita.

"Hasilnya, responden lelaki lebih cenderung untuk mempunyai fantasi dan tingkah laku seksual devien berbanding wanita.

"Bagaimanapun, analisis yang lebih teliti menunjukkan golongan lelaki dan wanita tidak menunjukkan perbezaan ketara dalam jenis fantasi seksual yang dilaporkan mereka," katanya.

Dr Shazli berkata, kaedah rawatan terbaik ialah meningkatkan kawalan kendiri menerusi maklumat disampaikan untuk proses rawatan dan mengawal pemikiran dan tingkah laku menyimpang ini.

"Sememangnya, kes seumpama ini sukar dipulihkan, namun masalah ini dapat diatasi mengikut tahap jika pesakit memberikan kerjasama dan kesungguhan dengan setiap pelan rawatan diberikan oleh terapis psikologi," katanya.

RAKYAT Malaysia  berada  di tangga keempat daripada segi trafik carian bahan lucah selepas Slovakia, Bulgaria dan Ireland.
RAKYAT Malaysia berada di tangga keempat daripada segi trafik carian bahan lucah selepas Slovakia, Bulgaria dan Ireland.

Struktur fizikal otak berubah akibat ketagihan

Ketagihan terhadap bahan pornografi secara tidak langsung boleh menjejaskan keupayaan seseorang individu itu untuk membuat keputusan mahupun mengawal diri.

Malah, sebuah laman pornografi terkenal dunia mendedahkan rakyat negara ini berada di tangga keempat daripada segi trafik carian bahan lucah selepas Slovakia, Bulgaria dan Ireland.

Keadaan itu berlaku sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, dipercayai berikutan kebanyakan rakyat memiliki banyak masa terluang kerana 'dikurung' di rumah.

Pakar Perunding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Madya Dr Suzaily Wahab berkata, kajian menunjukkan masalah ketagihan kepada pornografi mempunyai kaitan dengan perubahan struktur fizikal otak.

"Ini seperti pengurangan jisim kelabu pada otak prefrontal yang berfungsi dalam pengawalan diri dan kelakuan seseorang.

"Semakin kuat ketagihan itu, semakin banyak sel kelabu dimusnahkan seterusnya akan mengurangkan kebolehan seseorang membuat keputusan dan mengawal diri," katanya kepada Harian Metro.

Selain itu katanya, tindakan melayari laman pornografi dengan kerap juga boleh memberikan kesan kepada perembesan neurotramsmiter dopamin di bahagian otak.

"Ia berperanan dalam memberikan rasa kepuasan dan kesan ketagihan kepada seseorang apabila aktiviti itu diteruskan," katanya.

Menurutnya, ketagihan pornografi masih boleh diubati namun tempoh pemulihan bergantung kepada faktor penyebab individu itu ketagih bahan lucah berkenaan.

"Faktor penyumbang kepada ketagihan individu itu juga perlu diketahui sebelum proses rawatan dijalankan.

"Tempoh rawatan dan kadar pemulihan berbeza bagi setiap individu kerana akan bergantung kepada punca timbulnya masalah ketagihan itu.

"Antara contoh faktornya ialah perubahan kepada keadaan kesihatan mental seseorang, contohnya apabila menghadapi tekanan yang tinggi akan mencetuskan kecenderungan untuk melayari laman web pornografi sebagai mekanisme melupakan tekanan itu untuk sementara waktu.

"Ada juga kes membabitkan masalah perhubungan seksual, norma atau amalan serta penyebab biologikal iaitu perubahan terhadap bahan kimia otak seperti dopamin yang menimbulkan kesan ketagihan apabila melayari laman web pornografi," katanya.

Bagaimanapun katanya, ketagihan ini berpotensi dipulihkan dan diatasi dengan pelan rawatan yang baik dan konsisten.

"Kaedah kaunseling secara individu atau bersama pasangan juga pilihan rawatan sesuai kerana masalah ketagihan pornografi ini kebiasaannya menjejaskan perhubungan.

Ahad, 27 Disember 2020

Lokasi Honeymoon Terbaik di Malaysia

Pulau Langkawi, Kedah

tempat menarik malaysia honeymoon Photo credit: @pipierastaman

Jika anda inginkan saat-saat yang istimewa dan romantik bersama yang tersayang, Stardust Cruise menawarkan satu pengalaman yang unik dengan beberapa pakej termasuk pakej makan malam romantik di atas kapal layar sambil menikmati suasana tropikal pulau Langkawi dan pemandangan indah matahari terbenam. Dan jika bertuah, anda mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba.

Pulau Langkawi, Kedah

Pulau Langkawi juga sangat cocok bagi anda yang ingin menghabiskan masa bersantai di tepi pantai dikelilingi hutan hujan tropika dan haiwan-haiwan eksotik seperti burung helang dan banyak lagi. The Andaman Resort menjadi pilihan yang tepat kerana selain keindahan pantai yang jernih dan pasir seputih mutiara, hotel ini juga menyediakan pebagai kemudahan dan aktiviti untuk dilakukan. Beberapa di antaranya adalah mengikuti lawatan ke dalam hutan tropika yang berusia lebih 10 juta tahun dan manjakan diri anda di spa dengan urutan dan mandian bunga.

Pulau Pangkor

 Pangkor Laut Resort

Pulau ini mempunyai salah satu pantai yang tercantik di Malaysia. Kecantikan batu karang dan ikan-ikan yang berwarna-warni menambahkan lagi keunikan pulau ini. Bagi pecinta sukan air, pulau ini menyediakan beberapa aktiviti seperti menaiki banana boat, jetski, parasailing dan banyak lagi.

Pulau Pangkor Photo credit: @amar414

Nikmati saat-saat romantik bersama pasangan anda dengan bersiar-siar di sekitar pulau dengan menaiki motosikal dan jangan lepaskan peluang untuk memberi makan burung hornbill yang terdapat di sekitar pulau.

Cameron Highlands, Pahang

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat menarik untuk honeymoon di Malaysia yang sesuai bagi anda yang sukakan cuaca yang sejuk dengan ekosistem yang menghijau di sekitar anda. Pencinta alam pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini!

Cameron Highlands, Pahang Photo credit: @aikosunnysan

Antara aktiviti yang dapat dilakukan bersama pasangan anda ialah melawat ladang teh dan pengalaman memetik sendiri buah strawberi. Aktiviti ini amat sesuai terutama sekali bagi pasangan anda yang gemarkan buah strawberi. Selain itu, tempat ini juga berlatar belakangkan keindahan ladang teh yang menghijau dimana sangat sesuai bagi anda yang suka mengambil gambar untuk dimuat naik ke instagram. Jangan lupa untuk melawat Butterfly Garden yang menempatkan rama-rama yang berwarna-warni dan pelbagai jenis serangga.

Pulau Mabul, Sabah

Pulau ini diiktiraf sebagai salah satu tempat terbaik untuk menyelam di dunia kerana kejernihan airnya. Bagi pasangan anda yang sukakan aktiviti snorkelling dan menyelam pulau ini sesuai dijadikan destinasi honeymoon anda.

Pulau Mabul, Sabah Photo credit: @lavrel

Mabul Water Bungalows menawarkan satu pengalaman yang unik dan berbeza dengan villa yang terapung di atas air seperti di Bora-Bora. Selain disajikan dengan panorama yang indah terutama sekali ketika terbenam matahari, resort ini turut menyediakan rawatan spa untuk anda berehat.

Kinabatangan, Sabah

 CC 2.0 / Christopher Michel

Bagi anda yang ingin lebih mendekatkan diri dengan alam semulajadi, anda dapat menikmati keindahannya dengan cara yang berbeza. Lawatan ke River Safari di Kinabatangan ini sememangnya patut berada di dalam senarai anda. Dengan menaiki bot menyelusuri sungai Kinabatangan dan melihat hidupan liar dengan lebih dekat sememangnya satu pengalaman yang menakjubkan.

Kinabatangan, Sabah Photo credit: @ramusjphoto

Antara haiwan yang dapat dijumpai di sini termasuklah Orang Utan yang memang terkenal di Sabah, Red Leaf Monkey, buaya, badak sumbu Sumatra dan banyak lagi jenis haiwan dan serangga. Jika anda dan pasangan merupakan seseorang yang sukakan pengalaman yang lebih mencabar, anda boleh mengambil pakej safari di waktu malam bagi melihat hidupan liar di waktu malam yang berbeza dengan haiwan di waktu siang.

 Christopher Michel

Raub, Pahang

Raub, Pahang

Terletak kira-kira 1 jam dari kesibukan kota raya Kuala Lumpur, tersembunyi sebuah resort percutian yang mewah di tengah-tengah kehijauan hutan pahang yang indah. Ianya tempat dimana kemewahan bertemu dengan keindahan alam semulajadi di Casabrina Vacation Villas.

Raub, Pahang

Resort ini sesuai bagi anda yang ingin meluangkan masa privasi bersama pasangan anda di samping menikmati keindahan alam. Antara tarikan utama di resort ini adalah ‘infinity pool’. Di mana anda boleh berehat di dalam kolam renang ini sambil menikmati pemandangan menakjubkan hutan lipur yang terbentang luas di hadapan anda. Selain itu, pihak resort turut menyediakan aktiviti sukan golf, jungle trekking, dan lawatan safari.

Bandar Melaka

Jika anda dan pasangan merupakan penggemar budaya, bandar Melaka menjadi pilihan yang tepat untuk destinasi honeymoon di Malaysia. Dengan kekayaan sejarah dan tradisi, terdapat banyak tempat bersejarah dan tarikan pelancong untuk dilawati selain tempat menjual kraftangan yang unik hasil tempatan, tempat makanan yang popular, dan mural atau latar belakang yang cantik untuk gambar di instagram.

Salah satu tarikan utama di bandar bersejarah ini adalah anda boleh bersiar-siar di sekitar bandar ini dengan menaiki beca yang cantik dihiasi dengan pelbagai tema, terutama sekali di waktu malam dengan kemeriahan lampu berwarna-warni yang dipasang pada beca.

 Deep-soaking bathtub in The Majestic Malacca

Jadi Malaysia sememangnya mempunyai banyak tempat menarik untuk honeymoon untuk dilawati bersama pasangan yang tercinta. Mengapa harus pergi jauh sekiranya percutian idaman anda berada dekat dengan anda. Jom mula merancang percutian honeymoon anda!


Oleh: 




Ahad, 13 Disember 2020

JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM 2021


Salam semua pembaca blog PentasAlam.blogspot.com.

2021 akan menjumpai kita tak lama lagi. Ramai penjawat awam sebenarnya ternyata lebih ready untuk menghadapi 2021. Kerana gaji dan elaun mereka tak pernah susut. Namun setiap gaji dibayar itu hadir dengan penuh tanggungjawab yang akan ditanya suatu masa nanti.

Mari saya kongsikan jadual pembayaran gaji penjawat awam 2021 untuk panduan semua penjawat awam dan peniaga sekalian yang barangkali nak buat diskaun ketika hari gaji penjawat awam. Jadual ini dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


#gaji2021

#gajipenjawatawam2021

#jadualgajipenjawatawam2021

 

 

Jumaat, 2 Oktober 2020

Review sebenar: Palm Garden Hotel, Putrajaya 2020

 


Salam semua kawan-kawan.

Minggu ni kami sekeluarga ke Kuala Lumpur dan Selangor. Salah satu destinasi wajib adalah Bangi dan Putrajaya. Tak payah cerita lah apa ada di Putrajaya atau Bangi. Kalau bab makan, BANGI memang terbaik lah.

Bila ke sini, penginapan kami adalah hotel-hotel sekitar Putrajaya. Kali ni saya nak review jujur tentang Palm Garden Hotel, Putrajaya. Review ni berdasarkan pengalaman kami di hotel ini pada 17-18 September 2020.


LOKASI:

Terletak di sebelah IOI City Mall Putrajaya. Tak sampai 5 minit naik kereta. TERBAIK. Kami bagi 5 bintang untuk lokasi. Dekat sangat dengan Putrajaya dalam 5 minit je kalau ke Pusat Pentadbiran Putrajaya atau sekitar Masjid Putrajaya atau ke Masjid Sultan Mizan/ Masjid Besi.

Agak tersorok sikit tapi google je Palm Garden Hotel Putrajaya pasti jumpa.


Sebelah kanan sekali adalah LOBI UTAMA

Lobi utama 

PERSEKITARAN:

Persekitaran hotel ni agak sunyi tapi sesuai untuk anda yang nak berhoney moon. Nak tempat yang tak crowded sangat. Jumlah bilik sini pun tak banyak macam hotel2 mewah lain. Jumlah tingkat pun sekitar 5-6 tingkat je.

Sebarang pertanyaan

Nama

E-mel *

Mesej *