7 Tips Mendapat 4.00 flat di Universiti


Disini saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya peroleh sepanjang saya berkawan dengan best student dan saya sebenarnya bukanlah orang yang layak untuk memperkatakan topik ini.Tapi demi ilmu saya ingin berkongsi bagaimana ingin meningkatkan pointer anda.


TIPS 1: JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH


-Sesungguhnya kejayaan itu milik Yang Maha Esa.So dekatkan diri dengan Sang Pencipta Nescaya Dia akan mendekati anda.Sentiasa mengingati Dia dimana sahaja anda berada.Hatta sedang belajar sehinggalah anda bersukan .Basahkan lidah menyebut namaNYA yang mulia.Jauhi larangannya ,ringan tulang untuk membuat suruhannya.


TIPS 2: JAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

-Anda hendaklah menjaga hubungan dengan Ibubapa.Mereka lah yang melahir dan memberikan nafkah pada kita.Hormati mereka dan jagai mereka .Jika berjauhan,hubungi mereka sekerap mungkin.Jika ingin dikasihi, sekali sekala peluk mereka.Kerana dengan pelukan akan merapatkan lagi hubungan anda dengan mereka.


TIPS 3: PERANCANGAN JANGKA PANJANG

-Untuk menjadi yang cemerlang,maka buatlah perancangan jangka masa panjang.Contoh jika anda mengambil jurusan 3 tahun maka planning untuk 3 tahun seharusnya telah disediakan.Seperti jumlah jam kredit yang akan diambil setiap semester dan subjek yang diambil.Jika boleh kelaskan subjek kepda 3.Susah,senang dan sederhana.Ambil subjek susah,senang dan sederhana dalam setiap semester.


TIPS 4: PERANCANGAN JANGKA PENDEK


-Buat planner subjek yang diambil setiap semester.Dan dalam setiap semester(biasa 14 minggu)buatkan jadual ringkas harian dan mingguan.Contoh: minggu 1-10-habiskan silibus,minggu 10-13-buat past years questions.Jadual study harian biarlah fleksibel dan boleh dibuat.


TIPS 5: NAQIB/AH SEBAGAI MENTOR ANDA

-Anda mungkin menganggapnya remeh.Tetapi anda tak pernah menggunakannya dengan sepenuhnya.Jadikan naqib usrah anda sebagai mentor akademik anda.Kongsi masalah akademik anda dengan mereka.Jika anda tida naqib/naqibah ,cari.Mereka bukan sekadar untuk anada membincangkan mengenai fikrah dan akidah semata-mata.Insyaallah ,jika mereka betul-betul memahami erti dakwah dan tidak sibuk ,mereka sudi untuk membantu anda.Minta mereka buat manual tarbiyah dan manual pantauan akademik anda.Contoh: apa yang anda mesti buat setiap hari ( kerohanian..ma`surat) dan bagaimana mengurus masa dan sebagainya.


TIPS 6: FOKUS


-Perkara yang terpenting adalah fokus dalam setiap perkara yang anda lakukan.Bila anda fokus ,maka lebih senang anda dapat faham dan ingat.Jangan pula semasa nak belajar maka masa itu juga anda nak ber sms dengan si dia .Fokus juga dalam kelas dan kuliah.Dengar setiap kuliah dengan teliti.JANGAN TIDUR DALAM KULIAH!


TIPS 7: NOTA LENGKAP DAN SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS

-Pastikan nota anda menarik untuk di baca dan senang untuk diingati.Jangan lupa untuk membuat soalan-soalan tahun-tahun lepas sebelum final exam.Lengkapkan nota dan buat semua soalan tahun-tahun sebelumnya study week.


Insyaallah kita berusaha ALLAH menilainya.Jangan lupa ikhlaskan niat kerana ALLAH.mOGA KITA SAMA BERUSAHA KEARAH KEJAYAAN.


-cita-cita dengan perancangan adalah realiti,cita-cita tanpa perancangan adalah angan-angan-:)

Dikemaskini- 27/8/2017

Bagikan

Jangan lewatkan

7 Tips Mendapat 4.00 flat di Universiti
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

2 comments

Tulis comments

Ruangan ini untuk anda menyatakan pandangan anda sahaja

PERHATIAN

Coretan Blog merupakan luahan hati penulis.Bait katanya diharap tidak mencabuli kebebasan beraksi di dunia maya dan mengasari mana-mana identiti individu.

Sebarang artikel yang diambil dari blog ini adalah sangat digalakkan dan TIDAK boleh digunakan untuk mengaut keuntungan sendiri.
Sila letakkan link blog ini untuk artikel yang dipetik