Masakan semenanjung di Kota Kinabalu, Sabah


Kalau berkunjung ke negeri Borneo ini, mencuba makanan tempatan semestinya satu peluang yang korang kena cuba. Tapi kalau dah lama kat sini mesti ada juga kerinduan terhadap masakan semenanjung.

Alhamdulillah, tekak saya ini kira boleh tahan juga lah. Tiga minggu di Sabah ni dapat diatasi dengan gempaknya. Bagi yang nak melepas kerinduan masakan semenanjung, mari saya perkenalkan masakan semenanjung yang BOLEH TAHAN sedapnya.

RESEPI MAMA, Alamesra


Yang ni saya boleh kira NO. 1 sebab makanannya yang best. Korang mesti cuba AYAM PENYET dia. Memang sedap. Serta ROTI CANAI TELUR MATA LEMBU TAMPAL dan PISANG GORENG CHEESE COKLAT. 

Meh saya kongsi gambar biar anda semua menilainya. LOKASI? Tak jauh dari KK. Terletak di Downtown Alamesra. Berhadapan dengan UMS.










D` LENGKUAS, Bandar KK


Kedai ni menawarkan masakan Kelantan termasuklah gulai kawah dan nasi kerabu. Memang sedap la. Kalau makan seolah-olah rasa makan kat Kelantan.
Lauk memang banyak. Awal pagi sekitar jam 9-10 pagi pun dah ada gulai kawah. Rasa jangan cakap la..Memang sedap. Kalau mahu KK ni nak hilangkan rindu masakan semenanjung boleh try kedai ini.
Sedikit tersorok. Tak pe. Saya sharekan lokasi untuk anda cari nanti.




Koki Bandung Restaurant


Yang ini kalau anda nak rasa masakan Indonesia. Rasanya sedap lagi-lagi NASI AYAM PUKOL. Memang PEDAS sangat2. SOS PEDAS yang bikin panassss.
Juga terletak di Alamesra.






Kedai lain yang anda boleh cuba adalah MALINDO dan Kak Nong juga terletak di Bandar KK. Google saja yer…hehe… Tak sempat dah nak review kedai lain. Kalau ada masa nanti saya share yang lain pula yer.

MINYAK MASAK SAYA HANYA RM1.40 SEPEKET

Salam semua, Mari saya kongsikan satu artikel pendek yang telah dihasilkan secara santai namun alhamdulillah ramai juga yang sha...