Sehari di Pak Itam Inn cherating

Assalamualaikum, rasa ingin kongsikan percutia bajet kami lebih 2 tahun lalu. Harap dapat manafaat.

Perjalanan dari KL mungkin mengambil masa 4 jam lebih. Kedudukan geografi yang menarik menjadikan Pantai Cherating menjadi lokasi kami disini.

Penat bermandi peluh meredah kesesakan Kuala Lumpur, melancong sekali sekala pasti sangat Best!

Lokasi pilihan kami kali ini Pak Itam Inn. Ramai dok kata harganya murah, namun pemandangannya berhampiran pantai Cherating menambahkan nilai tempat ni. Ramai yang buat review tempat ni. Ada yang kata bagus ada yang tak.

Kami memilih untuk datang hari ini iaitu hari berkerja. Memang menenangkan. Hanya kami sekeluarga sahaja. Disini memang tiada kolam renang, tapi pemandangan cantik.

Kos pula ada 2 jenis penginapan. Satu RM 90 (KIPAS) manakala RM120 (AIRCOND). Bagi yang tak tahan panas siang hari, dok la yang ada aircond. Makanan jangan risau, malam-malam pun ada kedai dibuka di dalam Pak Itam Inn.

Nasihat saya buat tempahan dulu atau call dulu…kalau main terjah je…mungkin tak dapat la percutian bajet macam ni.


Sedikit gambar untuk tatapan.



MINYAK MASAK SAYA HANYA RM1.40 SEPEKET

Salam semua, Mari saya kongsikan satu artikel pendek yang telah dihasilkan secara santai namun alhamdulillah ramai juga yang sha...